Krisis air tidak sampai konflik bersenjata

Laporan Sinar Harian 6 Februari lalu.
Laporan Sinar Harian 6 Februari lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Peperangan tidak mustahil berlaku pada masa depan tetapi peratusannya amat rendah sekiranya isu perjanjian air antara Malaysia dan Singapura gagal diselesaikan.

Penganalisis Pertahanan dan Perunding Keselamatan, Muhammad Fuad Mat Noor berkata, beliau tidak melihat krisis yang timbul daripada perjanjian itu akan mengheret kepada konflik bersenjata antara kedua-dua negara.

Beliau berkata, sebaliknya apa yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan pada ketika ini adalah untuk memikirkan langkah ke depan yang boleh dilakukan dalam memastikan bekalan air dalam negara mencukupi dan bukan menjaga kepentingan Singapura semata-mata.

Menurutnya, perubahan iklim yang berlaku ketika ini memberi impak bukan sahaja kepada negara yang mungkin berdepan kemarau, tetapi juga impak pelbagai yang tidak dijangka kepada negara lain termasuk Singapura.

“Seharusnya kerajaan mengambil pendekatan lebih bijak dengan memikirkan masa depan demi kepentingan negara.

“Jika usaha secara diplomatik berbincang dengan Singapura berhubung isu air masih tiada kesudahan, usah buang masa. Air itu aset kita dan Singapura yang perlukan air tersebut.

“Jadi gunakan pendekatan bersesuaian serta kebijaksanaan dalam rundingan untuk memberi tekanan kepada Singapura tetapi tidak keterlaluan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, Malaysia perlu ada kemahuan sama ada mahu ‘menyinga’ atau ‘menikus’ dalam hal ini kerana air adalah hak Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Katanya, jika Singapura masih tidak berganjak dengan keputusan mereka, Malaysia juga boleh membuat keputusan drastik iaitu dengan tidak menjual air kepada Singapura selepas perjanjian tamat pada 2061.

“Singapura mungkin akan menganggap ia sebagai ugutan tetapi Malaysia perlu bertegas dan tidak terkongkong dengan perjanjian itu. Malaysia harus lebih matang dalam hal ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perubahan iklim rumitkan lagi rundingan air dengan Singapura

Gagal semak semula harga air bukti Singapura tidak ikhlas

Harga air 3 sen bagi 1,000 gelen sudah tidak relevan

Kerajaan perlu tegas tangani isu Perjanjian Air 1962

Malaysia mahu RM3 bukan 3 sen

Amaran krisis bekalan air

Teroka teknologi simpan air hujan

Bil air lebih mahal jika guna teknologi lebih canggih

Perjanjian air: Kaji semula perjanjian lapuk

Malaysia berhak semak selepas 25 tahun

Bekalan air di Perlis hanya bertahan empat bulan