Lelaki ditahan ketika potong balak di Gunung Bongsu

Sebahagian kayu-kayu berkualiti yang telah siap dipotong sebelum dijual kepada pasaran tempatan. - Foto JPNK
Sebahagian kayu-kayu berkualiti yang telah siap dipotong sebelum dijual kepada pasaran tempatan. - Foto JPNK
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki sedang memotong kayu balak tidak menyedari tindakannya sedang direkodkan sebagai bukti sebelum ditahan penguat kuasa Jabatan Perhutanan Kedah (JPNK) di Hutan Simpan Kekal Gunung Bongsu, di Sungai Tengas, Kulim dekat sini semalam.

Pengarah JPNK, Roslan Rani berkata, lelaki itu ditahan kira-kira jam 5 petang di kawasan berhampiran pokok yang dikesan turut ditanda untuk ditebang.

Menurutnya, antara pokok balak berkualiti yang menjadi sasaran suspek adalah cengal, balau, merbau dan terdapat beberapa pokok yang mempunyai kesan ditanda untuk ditebang.

"Melalui aktiviti rondaan dan pemantauan di sekitar sempadan luar Hutan Simpan Gunung Bongsu pada jam 3.30 petang semalam, JPNK menemui beberapa batang kayu sedia yang dipotong mengikut saiz di atas sempadan luar Hutan Simpanan Kekal tersebut.

'Chainsaw' yang digunakan oleh suspek turut dirampas dalam serbuan dilakukan oleh JPNK di Hutan Simpan Kekal Gunung Bongsu di Sungai Tengas, Kulim petang semalam. - Foto JPNK
'Chainsaw' yang digunakan oleh suspek turut dirampas dalam serbuan dilakukan oleh JPNK di Hutan Simpan Kekal Gunung Bongsu di Sungai Tengas, Kulim petang semalam. - Foto JPNK

"Pasukan Rondaan dan Pemantauan yang diketuai oleh Penolong Pegawai Hutan Daerah Kedah Selatan mula curiga dan menjejaki kesan-kesan laluan yang terdapat sekitar sempadan luar Hutan Simpan Gunung Bongsu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan rondaan dan pemantauan terpaksa menjejaki laluan tikus dengan berjalan kaki sejauh 1.5km iaitu hampir 1 jam pada jam 5 petang selepas mengesan tayar motosikal ddi laluan baharu itu.

"Pasukan membuat intipan dan merekod aktiviti yang dijalankan serta membuat serbuan terhadap seorang lelaki yang sedang menjalankan aktiviti membalak kayu sedia ada.

Artikel Berkaitan:

Kita percaya suspek melakukan kegiatan haram itu seminggu lalu dan berdasarkan siasatan awal, kayu berkualiti tinggi itu dijual mengikut permintaan pasaran tempatan.

Suspek leka memotong kayu balak di dalam Hutan Simpan Kekal Gunung Bongsu di Sungai Tengas, Kulim petang semalam tidak menyedari tindakannya sedang direkod pegawai JPNK. - Foto JPNK
Suspek leka memotong kayu balak di dalam Hutan Simpan Kekal Gunung Bongsu di Sungai Tengas, Kulim petang semalam tidak menyedari tindakannya sedang direkod pegawai JPNK. - Foto JPNK

Katanya, kegiatan pembalakan kayu saiz agak sukar untuk dikesan oleh pihak jabatan kerana modus operandi oleh pembalak kayu saiz ini mensasarkan pokok-pokok spesies yang berkualiti dan jauh ke dalam hutan.

"Aktiviti ini juga sukar dikesan kerana 'chainsaw' yang digunakan untuk memotong kayu diubah suai tanpa bunyi.

"Suspek telah ditahan serta dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985," katanya.

Roslan berkata, JPNK komited dan memandang serius berhubung aktiviti kesalahan hutan dan penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan salah laku berhubung perhutanan dapat dibendung.

"Kami mengalu-alukan kerjasama mana-mana pihak, masyarakat tempatan dan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti kesalahan hutan bagi memastikan pencerobohan hutan secara berleluasa dapat dibanteras," katanya.