Kartel baja: Bekas Pengurus Besar Nafas dituduh bulan ini

Azam (tengah) dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Selasa. Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID
Azam (tengah) dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Selasa. Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) akan dituduh pada bulan ini berhubung kes pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi yang dianggarkan bernilai RM1.8 bilion.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, Op Ladang telah dilaksanakan selepas mengesyaki ada unsur rasuah membabitkan pembekalan baja padi bagi kontrak yang dianugerahkan kepada Nafas.

Menurutnya, SPRM telah buka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

"Susulan itu, kita telah lengkapkan kertas siasatan dan telah menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada 13 Disember lalu dengan syor dua pertuduhan terhadap seorang bekas Pengurus Besar Nafas.

"TPR telah bersetuju untuk menuduh individu ini seperti yang disyorkan dan pertuduhan dijangka sebelum hujung bulan ini," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Selasa.

3 November lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedia memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan ke atas Nafas.

Sebelum itu, beberapa siri pembongkaran telah dilakukan SPRM berkenaan di sekitar Kuala Lumpur termasuk di ibu pejabat pertubuhan, kementerian dan sembilan syarikat yang mendapat projek berkaitan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak akan menghalang dan masuk campur dalam siasatan terhadap Nafas serta Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) oleh pihak berkuasa termasuk SPRM.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!