Benteng sementara rumah pam KADA perlu disiapkan segera sebelum musim kemarau

Khalid (tengah) menyampaikan kit pertanian kepada pegawai KADA pada Majlis Amanat Tahun Baharu KADA 2025 di Kota Bharu pada Selasa.
Khalid (tengah) menyampaikan kit pertanian kepada pegawai KADA pada Majlis Amanat Tahun Baharu KADA 2025 di Kota Bharu pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mahu kerja-kerja baik pulih benteng sementara berhampiran rumah pam Kemubu siap sepenuhnya pada April ini bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan air pada musim kemarau nanti.

Pengerusinya, Khalid Abdul Samad berkata, ia bagi membolehkan kawasan seluas 17,000 hektar di Kota Bharu dan Bachok itu dapat ditanam kembali dengan padi mengikut jadual.

"Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi, Datuk Tuan Saripudin Tuan Ismail telah meminta KADA memuktamadkan perkara ini.

Khalid (tiga dari kanan) semasa Majlis Amanat Tahun Baharu KADA 2025 di Kota Bharu pada Selasa.
Khalid (tiga dari kanan) semasa Majlis Amanat Tahun Baharu KADA 2025 di Kota Bharu pada Selasa.

"Namun, ia perlu dikemukakan dengan persetujuan JPS untuk diluluskan oleh kerajaan negeri," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Amanat Tahun Baharu KADA 2025 di sini pada Selasa.

Hadir sama, Pengurus Besar KADA, Faizul Mustafa.

Menurutnya, kerja-kerja baik pulih akan dilakukan sebaik sahaja kelulusan diperoleh.

"KADA berharap ia dapat disiapkan sebelum April ini kerana ia merupakan alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah bekalan air pada musim kemarau.

"Jadi saya harap persetujuan dapat diperoleh sebelum Februari dan pelaksanaan kerja-kerja dapat dimulakan dengan kadar segera," katanya.

Artikel Berkaitan:

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan negeri memberi jaminan akan membantu KADA mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi oleh pesawah dengan menyiapkan Sistem Pam Kemubu dan Lemal.

Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM20 juta sebagaimana yang diluluskan oleh kerajaan Persekutuan kepada agensi pertanian itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!