Hajiji zahir takziah kepada keluarga ADUN Sungai Sibuga

Hajiji mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh.
Hajiji mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain yang meninggal dunia malam Ahad.

Hajiji dalam kenyataan pada Isnin turut mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh.

Beliau menyifatkan pemergian Mohamad Hamsan, 65, yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah sebagai satu kehilangan kepada negeri terutama kepada rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga.

"Allahyarham merupakan rakan lama yang bersama-sama berjuang dalam pentadbiran kerajaan. Mohamad Hamsan seorang pemimpin berjiwa rakyat, peramah dan disenangi ramai dengan perjuangan dan sokongan beliau bersama kerajaan negeri amat dihargai," katanya.

Mohamad Hamsan yang meninggal dunia 11.20 malam Ahad di sebuah hospital swasta di sini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bintang Baru, Rancangan Sungai Manila, Sandakan 11.30 pagi Isnin.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 pada 2020, Mohamad Hamsan yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi DUN Sungai Sibuga menewaskan empat calon lain dengan majoriti 1,538 undi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!