Misteri darah mengalir di dinding bilik air

Percikan darah jiran dari tingkat atas yang terdapat pada sinki bilik air Adam Hockett.
Percikan darah jiran dari tingkat atas yang terdapat pada sinki bilik air Adam Hockett.
A
A
A

OTTAWA - Seorang penyewa di Kanada berdepan pengalaman ngeri apabila mendapati darah mengalir di dinding bilik air rumah sewa didiaminya.

Misteri darah yang mengalir di celah dinding dan terpercik di sinki bilik air itu akhirnya terjawab selepas jiran di atas rumahnya ditemui mati berlumuran darah.

Anggota tentera, Adam Hockett yang tinggal di Winnipeg berkata, pihak pengurusan bangunan mentertawakannya apabila dia melaporkan insiden darah mengalir di bilik air rumahnya.

Pihak pengurusan pula enggan memberi sebarang nombor untuk dihubungi, selain memintanya menghubungi sendiri syarikat insurans kerana ia bukan masalah mereka.

Syarikat pengurusan Sussex Realty akhirnya bersetuju untuk membantu selepas Hockett memuat naik imej darah yang mengerikan itu di Facebook.

"Polis dan paramedik menemui mayat mangsa berlumuran darah di bilik air selepas memecahkan pintu rumahnya.

"Mangsa jelas mengalami kecemasan perubatan di bilik air yang menyebabkannya terhantuk dan mengalami pendarahan.

"Berdasarkan pengamatan paramedik, mangsa telah meninggal dunia beberapa hari lalu," kata Hockett seperti dilaporkan Daily Mail.

Artikel Berkaitan:

Sussex Realty dalam satu kenyataan memberitahu, syarikat pembersihan profesional telah dihantar ke unit terbabit untuk kerja-kerja pembersihan. - Agensi