Tahanan Palestin paling terkenal, Khalida Jarrar dibebaskan

Khalida Jarrar antara yang dibebaskan Israel ketika hari pertama gencatan senjata bermula pada awal pagi Isnin. Foto AFP (Gambar kanan: Wajah Khalida Jarrar ketika ditahan pada tahun 2017.)
Khalida Jarrar antara yang dibebaskan Israel ketika hari pertama gencatan senjata bermula pada awal pagi Isnin. Foto AFP (Gambar kanan: Wajah Khalida Jarrar ketika ditahan pada tahun 2017.)
A
A
A

TEBING BARAT - Tahanan Palestin paling terkenal yang dibebaskan Israel pada fasa pertama gencatan senjata yang bermula awal pagi Isnin adalah pemimpin Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP) di Tebing Barat yang diduduki, Khalida Jarrar.

Jarrar pernah menjadi ahli Parlimen Palestin dan sangat mengejutkan melihat penampilannya selepas dibebaskan.

Pada awal Julai 2017, Jarrar yang pada ketika itu berumur 54 tahun, ditahan berhubung keanggotaannya dalam pergerakan yang dianggap Israel sebagai pertubuhan pengganas selepas dibebaskan dari penjara setahun sebelum itu.

Beliau ditahan enam bulan tanpa bicara oleh pihak berkuasa Israel.

Jarrar ialah tokoh kanan dalam PFLP, parti yang dianggap pertubuhan pengganas oleh Israel, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Ramai pemimpinnya dalam tahanan dan Jarrar pernah dipenjarakan beberapa kali.

Dasar penahanan pentadbiran kontroversi Israel itu membolehkan individu dipenjara tanpa bicara selama enam bulan yang boleh diperbaharui sampai bila-bila.

Jarrar antara 90 tahanan Palestin dibebaskan pada hari pertama perjanjian gencatan senjata bermula.

Pada masa ini terdapat lebih daripada 10,000 rakyat Palestin dari Tebing Barat menghuni penjara Israel, menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin serta Persatuan Banduan Palestin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!