Harga daun kari melambung tinggi

Subbarow menunjukkan daun kari yang harganya melambung tinggi di pasaran.
Subbarow menunjukkan daun kari yang harganya melambung tinggi di pasaran.
A
A
A

GEORGE TOWN - Pengguna khususnya golongan suri rumah disaran untuk tanam sendiri pokok kari atau terpaksa membeli dengan harga RM15 hingga RM18 sekilogram.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow berkata, penanaman sendiri sayuran dan herba termasuk daun kari bukan sahaja menjimatkan malah diyakini selamat tanpa bahan kimia.

Menurutnya, dalam tinjauan dilakukan mendapati sejumlah kecil daun kari dijual antara RM2 hingga RM3 seikat.

"Sebelum ini daun kari dijual pada harga RM10 sekilogram di pasaran namun kini harga daun kari melambung tinggi antara RM15 hingga RM18 sekilogram.

"Dahulu jika pengguna beli kelapa, daun kari sering diberi percuma tetapi kini tidak lagi," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Subbarow berkata, penanaman sendiri di rumah hanya memerlukan modal RM1 dan amat digalakkan pengguna menanam sendiri daun kari di rumah sebagai langkah penjimatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!