Pelajar disaman tiada lesen, tak pakai topi keledar

Antara kesalahan tertinggi ialah menunggang motosikal dibawah umur dan tidak memakai topi keledar. - Foto PDRM
Antara kesalahan tertinggi ialah menunggang motosikal dibawah umur dan tidak memakai topi keledar. - Foto PDRM
A
A
A

BACHOK - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok mengeluarkan 114 saman ke atas pelajar yang dikesan melanggar peraturan menerusi Operasi Penguatkuasaan Trafik dan Op Didik di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu menunggang motosikal dibawah umur dan tidak memakai topi keledar antara kesalahan tertinggi direkodkan.

"Selain itu nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan dan membenarkan memandu dibawah umur juga antara yang banyak dikeluarkan saman. Sebanyak 10 motosikal dibawa ke IPD Bachok untuk proses dokumentasi.

"Operasi ini dijalankan bagi mendidik masyarakat terutama golongan muda menghormati undang-undang jalan raya. Kebetulan semasa operasi ia merupakan hari terakhir persekolahan bagi tahun 2024," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Operasi ini dijalankan bagi mendidik masyarakat terutama golongan muda menghormati undang-undang jalan raya, kebetulan semasa ia diadakan merupakan hari terakhir persekolahan bagi tahun 2024.
Operasi ini dijalankan bagi mendidik masyarakat terutama golongan muda menghormati undang-undang jalan raya, kebetulan semasa ia diadakan merupakan hari terakhir persekolahan bagi tahun 2024.

Menurut beliau, tindakan itu bertujuan mendidik selain mencegah kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa.

Ujarnya, masyarakat diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta sentiasa memantau anak-anak agar tidak terlibat dengan samseng jalanan serta memandu dibawah umur.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!