X

Kindly register in order to view this article
!

MH370: Waris tuntut penjelasan kerajaan pendedahan Abbott

Selamat
A
A

BERA - Waris penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 menuntut kerajaan Malaysia memberi penjelasan berhubung pendedahan bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott bahawa kerajaan sejak awal percaya tragedi pesawat itu hilang pada 2014 adalah plot bunuh diri.

Selamat Omar, 65, dari Felda Bukit Mendi di sini terkejut dan kecewa dengan pendedahan Abbott mengenai insiden yang menimpa anaknya, Mohd Khairul Amri bersama 238 anak kapal dan penumpang pesawat terbabit ketika dalam perjalanan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014.

Menurutnya, jika dakwaan itu benar, kerajaan sepatutnya memaklumkan sendiri perkara itu bukannya didedahkan oleh pihak luar.

"Selepas hampir tujuh tahun, saya dan waris penumpang lain masih belum menerima sebarang kenyataan positif mengenai tragedi tersebut.

"Oleh demikian, saya menuntut satu penjelasan munasabah daripada kerajaan Malaysia berikutan pendedahan Abbott," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu Abbott dilaporkan mendedahkan bahawa kerajaan Malaysia sejak awal percaya tragedi tersebut adalah plot bunuh diri iaitu pesawat terbabit hampir pasti sengaja dijatuhkan oleh juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Kenyataan itu dibuat dalam dokumentari bertajuk 'MH370: The Untold Story' yang bakal ditayangkan di Australia minggu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas PM Australia dakwa Malaysia tahu punca kehilangan MH370

Belum ada bukti sokong teori juruterbang MH370 bunuh diri: KPN

Najib akui kerajaan BN syak plot jenayah terhadap MH370

Menurut laporan The Australian, Abbott juga mendakwa telah diberitahu sendiri oleh kepimpinan tertinggi kerajaan Malaysia mengenai hal tersebut tetapi enggan menamakan pemimpin tersebut.

Dalam pada itu, Selamat turut mempersoalkan kaitan dengan tindakan bunuh diri kerana sistem pesawat terbabit tidak berfungsi selepas jam 12 tengah malam.

"Memang saya ada dengar teori bunuh diri itu beberapa tahun lalu tetapi saya langsung tidak percaya dengan teori begini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus