Bursa Malaysia klasifikasi Elridge Energy di bawah sub sektor RE

Bursa Malaysia telah mengklasifasikan semula saham Elridge Energy kepada sektor tenaga dan subsektor tenaga boleh diperbaharui (RE) berkuat kuasa pada 13 Januari 2025.
Bursa Malaysia telah mengklasifasikan semula saham Elridge Energy kepada sektor tenaga dan subsektor tenaga boleh diperbaharui (RE) berkuat kuasa pada 13 Januari 2025.
A
A
A

BURSA Malaysia telah mengklasifasikan semula saham Elridge Energy kepada sektor tenaga dan subsektor tenaga boleh diperbaharui (RE) berkuatkuasa pada 13 Januari 2025.

Langkah itu susulan usaha bursa mengemaskini klasifikasi sektor dan subsektornya.

Elridge Energy dalam satu kenyataan berkata, langkah pengklasifikasian semula itu mencerminkan aktiviti perniagaan yang lebih baik dan meningkatkan keterampilan syarikat kepada pilihan pelabur dalam negara dan antarabangsa yang lebih luas.

Langkah itu juga akan mendorong keterlihatan syarikat dalam kalangan pemegang saham yang prihatin terhadap alam sekitar dan pada masa sama, menawarkan para pelabur peluang untuk meraih manfaat daripada permintaan besar global terhadap rumusan-rumusan tenaga bersih.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Elridge Energy Holdings Berhad, Oliver Yeo berkata, pengklasifikasian semula Bursa Malaysia memberikan kategori yang lebih tepat dan relevan bagi syarikat tersenarai awam seperti mereka.

"Kami percaya ia boleh membantu kami membuka pintu baharu bagi perkongsian strategik dan juga menarik pelabur institusi dan runcit yang arif dan mengutamakan saham-saham hijau,” katanya dalam kenyataan itu.

Menerusi subsidiarinya, Bio Eneco Sdn Bhd, Elridge Energy telah mengukuhkan dirinya sebagai pemain di dalam pembuatan dan perdagangan produk bahan api biomas, iaitu kulit biji sawit (palm kernel shells) dan pellet kayu.

Sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui ini adalah penting bagi penjanaan elektrik di dalam loji tenaga dam sebagai bahan api di dalam dandang industri, memainkan peranan kritikal di dalam mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.

Artikel Berkaitan:

"Sektor tenaga boleh diperbaharui ini bakal menyaksikan pertumbuhan besar di peringkat global dan dalam negara," kata Yeo.

Di Malaysia, kerajaan menyasarkan untuk mencapai 31 peratus kapasiti tenaga boleh diperbaharui menjelang 2025 dan 40 peratus menjelang 2035 sebagai sebahagian daripada Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Diperbaharui.

Sasaran ini menyediakan peluang besar bagi syarikat-syarikat seperti Elridge Energy, yang berada di barisan hadapan rumusan tenaga mampan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!