X

Kindly register in order to view this article
!

Gangguan bekalan air di empat daerah Negeri Sembilan

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

SEREMBAN - Sebahagian kawasan Port Dickson, Rembau, Seremban dan Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi pada 25 Februari ini, menurut Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS).

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail dalam kenyataan di sini hari ini berkata, gangguan bekalan air sehingga jam 8 pagi pada hari berikutnya adalah disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) dan penggantian 'S-Bend'.

Di daerah Port Dickson antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Pengkalan Durian Linggi; Rumah Rakyat Pengkalan Durian (Fasa 1 dan 2); Taman Linggi; kawasan Tampin Linggi; seluruh kawasan Linggi; Rumah Rakyat Permatang Pasir; Kampung Permatang Pasir Linggi; Tarzan Estet; Felcra Air Hitam Sengkang; kawasan Pengkalan Kempas; Batu 18, 19, 20, 21 dan 22 Pengkalan Kempas; Kampung Tanjung Agas; Kampung Sungai Raya; kawasan Bukit Tembok; Taman Sengkang; seluruh kawasan Pekan dan Kampung Pasir Panjang.

Kampung Orang Asli Bukit Kepong; Batu 15 Pasir Panjang sehingga Batu 12 Jalan Pantai; Kampung Telok Pelanduk; Taman Peranginan Mutiara; Taman Green View; Batu 11 Jalan Pantai; Hotel Hibiscus; Banglo Mawar; Kampung Segenting; Batu 10 Jalan Pantai; Kem Segenting; Hotel Blue Lagoon dan Kem PLKN, Permaisuri Resort; Hotel Ilham; Kem Pengaman; seluruh kawasan Batu 9 Jalan Pantai; Hotel Thistle; Taman Bunga Kertas 1 dan 2; Taman Anika; Taman Orkid; Politeknik Port Dickson; Sekolah Agama Telok Kemang; Taman Politeknik; Sunrise Village Resort; Lembaga Getah; Bougainvilla Resort; Beach Point Motel; Sri Bulan Kondominium.

Laguna Resort; Cocobay Resort; Ocean View Resort; Taman Intan Perdana (Fasa 1, 2 dan 3); Taman Bukit Perdana; Sri Ratu Hotel and Spa; Hotel Mesra; seluruh kawasan Telok Kemang; Sri Intan Kondominium; Kemang Indah Kondominum; Hotel PD Marina; sekitar kawasan Batu 8 dan Batu 7 Jalan Pantai dan kawasan Batu 6 Jalan Pantai.

Beberapa kawasan lain ialah sebahagian kawasan Kampung Sawah Sunggala; Sunggala Gateway; Taman Sirusa Jaya; Kolej Jururawat; Hospital Besar Port Dickson; Marina Crecent; Avillion Admiral Marina; Perumahan Tentera Batu 5 Jalan Pantai; Kem Tentera Batu 5 Jalan Pantai; Desa Lagun Resort; Regency Tanjung Tuan Beach Resort; The Grand Beach Resort; Bayu Beach Resort dan sehingga sebahagian kawasan Batu 4 Jalan Pantai.

Di daerah Rembau kawasan terlibat ialah Exevalley Orchid Park; Jalan Kekwa; Kampung Delima; Jalan Melur; Kampung Kundur Hilir; Kolej Kemahiran Tinggi Mara; Jalan Kampung Kundur Tengah; Sekolah Menengah Sains Kundur; Jalan Tanjung Semut 2; Desa Permai Kundur; Jalan Lebai Daim; Jalan Pelebar Dalam; Jalan Masjid Lama; Jalan Semerah Padi; Jalan Kasturi; Jalan Anak Air Jerneh; Jalan Balai Panjang; Jalan Solok Kelemak; Jalan Datuk Laksamana; Simpang Kolam Bukit Kunyit 1 ke Lubuk Cina dan Simpang Kolam Bukit Kunyit 2 ke Kundur.

Ladang Bukit Bertam; Kampung Bukit Bertam; Jalan Batu Berendam; Kampung Sungai Timun Dalam; Kampung Sungai Timun Luar; Rumah Rakyat Lubuk Cina Fasa 1 dan 2; Dataran Lubuk Cina; Jalan Semin Indah; Panchang 1, 4, 5, 6, 7 dan 8 Kampung Baru Semin; Ladang Sungai Baru; Pasar Lubuk Cina; Kampung Nerabai; Jalan Hulu Nerabai; Jalan Perigi Batu; Jalan Harimau Terjun; Kampung Titian Bintangor; Jalan Batu Berdinding; Paya Mengantuk; Jalan Mesin Kelompok; PLKN; Jalan Limau Kambing; Jalan Solok Kelubi; Jalan Kuala Dadih; Jalan Kasim Sifat; Kampung. Semerbok; Kampung Batang Merbok; Jalan Kuala Merbok; Kampung Baru Semerbok; Jalan Sungai Serai Semerbok dan Jalan Padang Kerbau Semerbok.

Di daerah Seremban, seluruh kawasan Mantin; Lenggeng; Broga Pajam; seluruh kawasan Nilai Perdana; Mayang Sari; seluruh kawasan perumahan Kuarters KLIA; Kampung Jijan; Kampung Kubang; Kampung Tanjung; Flat Pajam; Citra Hill Fasa 1 dan 2; Industri Pajam; Nada Alam; seluruh kawasan Batang Benar; Rumah Rakyat Batang Benar; Apartment Bukit Inai; Taman Dahlia; Taman Melur; Sungai Mahang; seluruh kawasan Taman Semarak 1 dan 2; Industri Semarak 2; seluruh kawasan Perindustrian Nilai; Arab Malaysian Nilai 3; Nilai Impian dan Taman Desa Jati.

Nilai Spring; Pekan Nilai; Taman Ban Aik; Taman Rose Merah; Rumah Rakyat Nilai; Industri Arab Malaysian; Taman Desa Ria; Taman Desa Saga; Taman Teratai Nilai 7; Industri Nilai 7; Nilai Impian; seluruh kawasan Bandar Baru Nilai; Taman Desa Indah; Impian Resident; Desa Jasmin; seluruh kawasan Desa Cempaka 1, 2 dan 3; Desa Kasurina; USIM; Desa Kasia; Desa College; Nilai Medical Centre; Desa Anggerik; Kota Sri Emas; Kampung Felda LBJ; kawasan Industri Eco Park Enstek; seluruh kawasan Bandar Pendidikan Enstek; Gadong Jaya; Jalan Labu dari Batu 10 hingga 14; Kampung Kondok; Kampung Labu Hilir; Taman Dato Shahruddin; Kampung Pulau, Kampung Lambar; Kampung Batu 10 Labu; Felda Sendayan; Jimah Baru; Jimah Lama Port Dickson; Gadong Fasa 1 hingga 4; Taman Gadong Putra; seluruh kawasan Kampung Gadong SC; Nusari Bayu; Hijayu; Bandar Sri Sendayan; Sendayan Indah; Bukit Sendayan dan sekitar.

Bagi daerah Jelebu, kawasan terlibat ialah Kampung Semarak Singkong; Taman Nagamas; Taman Titi; Taman Sri Jelebu; Taman Bukit Kempas; Taman Sri Kenaboi; Pekan Baru; Maktab Rendah Sains Mara; Ladang Jelebu; Taman Chempedak; Taman Teja; Taman PDRM; Taman Angsana; Taman Jati; Taman Irama; Taman Mahogani; Kolej Vokasional Kuala Klawang; Kolej Komuniti; Seperi Hilir; Seperi Tengah dan Seperi Hulu.

Dalam pada itu, Norzita berkata, bekalan air akan disambungkan semula secara berperingkat selepas waktu yang dinyatakan dan beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan lebih lama.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama