X

Kindly register in order to view this article
!

JPM nafi Guan Eng ketuai mesyuarat TH

Semalam, sekeping gambar menunjukkan Guan Eng seolah-olah sedang mempengerusikan satu mesyuarat dengan Mujahid dan beberapa individu lain tular di media sosial.
A
A

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan gambar tular yang mengaitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempengerusikan mesyuarat melibatkan Tabung Haji (TH).

Dalam satu kenyataan, JPM menegaskan tuduhan itu sangat tidak berasas, tidak bertanggungjawab dan disengajakan bagi tujuan sempit serta menyebarkan kebencian kaum dan agama di negara ini.

"Untuk makluman semua, gambar tular itu adalah gambar salah satu sesi kunjung hormat dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof bersama Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pengarah Bahagian Maqasid Syariah Jakim.

“Pertemuan itu bagi memberi penerangan tentang gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin yang dibawa pentadbiran Islam pada hari ini,” menurut kenyataan itu.

JPM berkata, kunjungan Mujahid itu diadakan di Kementerian Kewangan semalam.

Semalam, sekeping gambar menunjukkan Guan Eng seolah-olah sedang mempengerusikan satu mesyuarat dengan Mujahid dan beberapa individu lain tular di media sosial.

Keterangan gambar tersebut tertulis, “Siapa yang dominan dalam urusan agama kita sekarang ini? Tularkan hingga rakyat tahu kepincangan ini."


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus