Parti Netanyahu nafikan perjanjian gencatan senjata berakhir di Gaza

Rakyat Palestin memeriksa runtuhan bangunan akibat serangan Israel di Jabalia, utara Semenanjung Gaza susulan pengumuman gencatan senjata. - Foto: Agensi
Rakyat Palestin memeriksa runtuhan bangunan akibat serangan Israel di Jabalia, utara Semenanjung Gaza susulan pengumuman gencatan senjata. - Foto: Agensi
A
A
A

DEIR AL-BALAH - Parti Likud, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menafikan perjanjian gencatan senjata yang menunjukkan berakhirnya perang di Gaza, Palestin.

Memetik laporan AlJazeera, parti tersebut mengeluarkan kenyataan menafikan perjanjian gencatan senjata itu yang merupakan penamat kepada perang menentang Hamas di Gaza.

“Bertentangan dengan komen Menteri Keselamatan Israel, Ben-Gvir, perjanjian sedia ada membolehkan Israel kembali berperang di bawah jaminan Amerika Syarikat (AS), menerima senjata dan alat peperangan diperlukan, memaksimumkan bilangan tebusan hidup yang akan dibebaskan, mengekalkan kawalan penuh Koridor Philadelphia (di sempadan Mesir) serta penampan keselamatan mengelilingi di Semenanjung Gaza.

“Perkara itu juga mencapai keselamatan dramatik yang akan memastikan keselamatan Israel selama beberapa generasi,” kata AlJazeera memetik media Israel pada Jumaat.

Menurut media itu, perjanjian tersebut dijangka bakal diluluskan oleh Kabinet Keselamatan pada Jumaat walaupun tiada sokongan daripada rakan gabungan sayap kanan.

Sementara itu, Parti Likud juga mengeluarkan amaran dan mengatakan, sesiapa yang membubarkan kerajaan akan diingati sebagai pengkhianat dunia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!