Gencatan senjata: Jangan mudah terpedaya taktik licik Israel

Isreal pernah melanggar perjanjian damai dengan Palestin selepas kembali mengepong Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis pada Mei 2021
Isreal pernah melanggar perjanjian damai dengan Palestin selepas kembali mengepong Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis pada Mei 2021
A
A
A

SELEPAS kira-kira 15 bulan bermandikan darah serta meragut lebih 46,000 nyawa mereka yang tidak berdosa dalam peperangan, gencatan senjata di Tebing Gaza akhirnya dicapai antara negara haram Israel dan pejuang pembebasan Palestin, Hamas.

Bagaimanapun, umat Islam di seluruh dunia tidak boleh terlalu gembira, sebaliknya perlu bersatu padu dan terus kekal bersama perjuangan Hamas untuk membebaskan sepenuhnya negara Palestin, terutama Baitulmaqdis atau al-Qud daripada rejim Zionis Israel.

Kita juga harus mengambil kesempatan ini untuk bersama masyarakat dunia bagi menyalurkan pelbagai bantuan kemanusiaan dan ubat-ubatan kepada hospital serta rakyat Palestin di Gaza yang telah dikepung rejim Israel sejak lebih setahun lalu.

Isreal pernah melanggar perjanjian damai dengan Palestin pada 2021 selepas mengepong Masjidil Aqsa
Isreal pernah melanggar perjanjian damai dengan Palestin pada 2021 selepas mengepong Masjidil Aqsa

Tindakan itu perlu kerana kita semua tahu rejim Israel memang suka mungkir janji dan tidak akan patuh selamanya dengan gencatan senjata yang diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara Arab.

Malah, sejak negara haram Israel ditubuhkan pada 1948, rejim Zionis sudah melanggar lebih 500 perjanjian gencatan senjata dengan Palestin, Lubnan, mahu pun Syria, termasuklah kes terbaharu membabitkan perjanjian damai dengan Lubnan yang bermula pada 27 November 2024.

Terbaharu, menurut laporan Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA), tentera Israel sekali lagi melanggar gencatan senjata apabila bertindak membakar beberapa rumah di Aitaroun, yang terletak di daerah Bint Jbeil di selatan Lubnan, pada 2 Januari lalu.

Artikel Berkaitan:

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali turut mempersoalkan keikhlasan Israel mematuhi proses damai berkenaan kerana sejarah menjadi saksi rejim Zionis tidak boleh dipercayai.

Walid menjelaskan bahawa sebenarnya rakyat Palestin tidak meletakkan kepercayaan langsung terhadap Israel disebabkan sejarah peperangan panjang serta beberapa perjanjian yang telah dicabuli.

Israel terus memperhebatkan kempen pengeboman ke atas Gaza. Foto AFP
Israel terus memperhebatkan kempen pengeboman ke atas Gaza. Foto AFP

Bagaimanapun, Walid tetap berharap Israel akan benar-benar menghormati perjanjian gencatan senjata dan menunaikan apa yang telah dipersetujui pada Ahad lalu.

Israel dan Hamas dilaporkan bersetuju melaksanakan gencatan senjata bermula 19 Januari 2025 untuk menghentikan perang selama 15 bulan yang dahsyat di Gaza.

Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al Thani, menyatakan bahawa perjanjian itu akan membawa kepada pembebasan tawanan Israel dan lonjakan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Pada sidang media di Doha, beliau berkongsi bahawa fasa pertama perjanjian itu akan berlangsung selama 42 hari dan membabitkan pembebasan 33 tahanan Israel sebagai pertukaran dengan sejumlah tahanan Palestin yang tidak dinyatakan.

Sheikh Mohammed turut memaklumkan bahawa Qatar, Mesir, dan Amerika Syarikat akan berusaha memastikan pelaksanaan perjanjian tersebut dengan mekanisme bagi memantau pelaksanaannya serta menangani sebarang kemungkinan pelanggaran.

Rakyat Palestin memeriksa runtuhan bangunan akibat serangan Israel di Jabalia, utara Semenanjung Gaza susulan pengumuman gencatan senjata.
Rakyat Palestin memeriksa runtuhan bangunan akibat serangan Israel di Jabalia, utara Semenanjung Gaza susulan pengumuman gencatan senjata.

Jadi, walaupun perjanjian damai yang diumumkan pada 19 Januari 2025 menjanjikan pembebasan tawanan dan bantuan kemanusiaan, umat Islam tidak boleh terlalu mudah mempercayai janji Israel kerana dasar mereka boleh berubah dalam masa tidak sampai 24 jam.

Justeru, Malaysia perlu terus berwaspada dan berusaha sehabis baik bagi memastikan negara-negara seperti Amerika Syarikat, Mesir, dan Qatar terus memberikan tekanan supaya rejim Israel tidak mencabuli perjanjian damai berkenaan sekali lagi.

Ini kerana hampir setiap tahun rejim Israel akan melancarkan serangan bom dan peluru berpandu besar-besaran ke Lubnan, Syria, mahu pun Tebing Gaza pada bulan Ramadan demi mencabar dan menguji kesabaran umat Islam di seluruh dunia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!