Pendekatan hati-hati Malaysia hadapi tarif global 10 peratus Trump

Johari Foto fail Bernama
Johari Foto fail Bernama
A
A
A

PENGUMUMAN Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai tarif baharu sebanyak 10 peratus ke atas semua negara dilihat mencetuskan kesan dasar yang besar kepada rakan dagang termasuk Malaysia.

Mahkamah tertinggi itu menolak tarif AS yang dikenakan secara global oleh Trump yang berpotensi menyebabkan banyak negara menilai semula perjanjian berkenaan.

Dalam konteks itu, kenyataan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memperlihatkan pendekatan berhati-hati dan berasaskan penilaian strategik oleh kerajaan.

Ujar Johari, kerajaan sedang memantau rapi perkembangan AS susulan tarif import Trump dibatalkan Mahkamah Agung AS pada Jumaat.

Menurutnya, meskipun Malaysia sudah menandatangani perjanjian perdagangan timbal balas dengan AS tahun lalu, Putrajaya masih belum meratifikasi perjanjian berkenaan.

Kata beliau, pihaknya turut meneliti pengumuman Trump mengenai tarif 10 peratus ke atas semua barangan import.

Ini bermakna, walaupun satu saluran undang-undang disekat, pentadbiran AS masih mempunyai instrumen lain untuk mengenakan tarif secara unilateral.

Justeru, tindakan Malaysia untuk tidak tergesa-gesa mengambil langkah balas atau membuat komitmen dasar baharu mencerminkan pertimbangan terhadap risiko perubahan mendadak dalam dasar perdagangan AS.

Dalam pada itu, beberapa perkembangan boleh dijangkakan dalam tempoh terdekat termasuk dari segi jangkaan penilaian teknikal yang mana kerajaan dijangka menjalankan analisis termasuk kesan terhadap sektor eksport utama dan rantaian bekalan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, rundingan bersama pemain industri yang terlibat berkemungkinan diadakan bagi mengenal pasti tahap pendedahan risiko yang bakal diterima susulan tarif berkenaan.

Dalam situasi ketidaktentuan dasar global, keutamaan adalah memastikan kestabilan perdagangan serta mengelakkan tindakan balas yang boleh mencetuskan ketegangan perdagangan yang lebih luas.

Perkembangan lanjut di Washington, termasuk mekanisme undang-undang yang bakal digunakan oleh pentadbiran Trump akan menjadi penentu sama ada pengumuman tarif 10 peratus itu akan dilaksanakan sepenuhnya atau mengalami perubahan.

Dalam tempoh tersebut, pendekatan berhati-hati Malaysia dilihat selari dengan amalan pengurusan risiko perdagangan antarabangsa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!