Dirai bersara, Mustaffa masih fikirkan pelajar SPM

Mustaffa (kanan) menerima jam tangan sebagai cenderahati daripada warga sekolah.
Mustaffa (kanan) menerima jam tangan sebagai cenderahati daripada warga sekolah.
A
A
A

KOTA BHARU - Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Mustaffa Chik yang bersara pada Khamis masih memikirkan pelajar yang kini sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata, terlalu sukar untuk melaksanakan majlis persaraan berkenaan dalam keadaan pelajar perlu mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan penting mereka.

"Bagaimanapun ada 30 pelajar di sekolah ini yang sedang menghadapi peperiksaan Pendidikan Seni Visual hari ini dan saya berharap mereka dapat melakukannya dengan baik," katanya.

Mustaffa berkata demikian ketika berucap pada Majlis Semerbak Budi Seharum Kenangan meraikan persaraan beliau.

Mustaffa (kanan) tiba di Dewan Hj Yaakub sempena Majlis Semerbak Budi Seharum Kenangan meraikan persaraan beliau.
Mustaffa (kanan) tiba di Dewan Hj Yaakub sempena Majlis Semerbak Budi Seharum Kenangan meraikan persaraan beliau.

Dalam ucapan itu juga, Mustaffa yang bersara pilihan turut berkongsi kepayahan belajar bersama lima beradik lain yang dibesarkan ibunya dengan membuat kuih.

"Saya hanya menukar pakaian sekolah dua tahun sekali manakala kasut hanya tiga pasang dari Darjah Satu hingga Darjah Enam," katanya.

Mustaffa yang dipanggil Abi dalam kalangan pelajar diraikan lebih 1,000 warga SMKA Naim Lilbanat serta alumni sekolah itu dengan tema tradisional.

Artikel Berkaitan:

Pelajar melambaikan tangan ketika kenderaan membawa Mustaffa keluar dari pekarangan sekolah
Pelajar melambaikan tangan ketika kenderaan membawa Mustaffa keluar dari pekarangan sekolah

Dalam tempoh 30 tahun berkhidmat sebagai guru, Mustafa menerima empat kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang turut menjulang nama sekolah itu.

Antara kejayaan yang dicapai oleh Mustaffa sepanjang tempoh tujuh tahun bertugas di SMKA Naim Lilbanat ialah membawa sekolah berkenaan sebagai johan Anugerah Surau Imarah Sekolah-sekolah (ASISS) peringkat Kebangsaan.

SMKA Naim Lilbanat menempa kejayaan membabitkan pelbagai aktiviti selain mendapat cemerlang dalam SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!