Hadapi kesulitan, mintalah pertolongan dengan Tujuh Sad – Ustaz Dzulkhairi

WALAU apa pun ujian yang menimpa, bersabar dan solatlah meminta pertolongan ALLAH SWT. Foto CANVA
WALAU apa pun ujian yang menimpa, bersabar dan solatlah meminta pertolongan ALLAH SWT. Foto CANVA
A
A
A

SEBAGAI hamba kepada Sang Pencipta, kita akan diuji dengan pelbagai dugaan sama ada di tempat kerja, kekeluargaan, persahabatan, kesihatan, kejiranan dan sebagainya.

Namun adakalanya kita ‘terduduk’ atau merasakan bebanan atau ujian yang menimpa terlalu berat hinggakan mahu berputus asa atau mengalah.

Walaupun ramai mengetahui ia adalah ujian, namun emosi diri dan keadaan sekeliling kadang kala tidak membantu untuk kita terus bersabar.

Apakah ada panduan daripada Islam untuk terus kuat mendepani ujian yang mendatang?

Pengarah Urusan Faqih Group, Ustaz Dzulkhairi Mohd Noor menjelaskan, apabila berhadapan dengan kesulitan, mintalah pertolongan kepada ALLAH SWT dengan melakukan ‘Tujuh Sad’, nescaya pertolongan Tuhan akan tiba.

USTAZ DZULKHAIRI
USTAZ DZULKHAIRI

Menurut perkongsiannya di akaun Facebooknya pada Jumaat, adapun Sad yang dimaksudkan adalah huruf Sad.

Artikel Berkaitan:

Apakah Tujuh Sad tersebut? Berikut huraiannya:

1 – Sad pertama – Somad (Nama ALLAH)

Menerusi firman ALLAH SWT dalam ayat kedua surah al-Ikhlas: “ALLAH adalah As-Somad.”

Kebanyakan ulama mendefiniskan As-Somad sebagai tempat bergantung sekalian makhluk.

Al-Qasimi berkata dalam kitab Mahasin at-Ta’wil merujuk kepada makna as-Somad: “DIAlah Tuan yang bergantung kepada-NYA segala hajat.”

2 – Sad kedua – Sabar

3 – Sad ketiga – Solat

Sad yang kedua dan ketiga adalah berdaasrkan firman ALLAH SWT dalam ayat ke-45 surah al-Baqarah: “Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.”

DIUJI dengan tahap kesihatan juga sering membuatkan kita lemah dan hampir berputus asa. Foto CANVA
DIUJI dengan tahap kesihatan juga sering membuatkan kita lemah dan hampir berputus asa. Foto CANVA

Ada berita sedih, berhadapan dengan masalah dan fikir tentang kemelut yang menjerut kehidupan anak, maka sabarlah dan solatlah.

4 – Sad keempat – Siyam (puasa)

Ia berdasarkan hadis diriwayatkan Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tiga doa yang tidak akan ditolak iaitu doa seorang bapa (juga ibu), doa orang berpuasa dan doa orang bermusafir.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

5 – Sad kelima – Sedekah

Berdasarkan sebuah hadis: “Dan ubatilah orang sakit dalam kalangan kamu dengan sedekah.”

Ulama berbeza pandangan dalam menilai status hadis ini dengan sebahagian daripada mereka menerimanya.

6 – Sad keenam – Silaturahim

Dalam satu hadis riwayat Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Rahim tergantung di Arasy. Ia berkata, sesiapa yang menyambungku (silaturahim) maka ALLAH akan menyambungnya. Akan tetapi sesiapa yang memutuskanku, ALLAH akan memutuskannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

MENJAGA hubungan silaturahim antara Sad yang boleh diamalkan dalam menghadapi kesulitan yang dihadapi. Foto CANVA
MENJAGA hubungan silaturahim antara Sad yang boleh diamalkan dalam menghadapi kesulitan yang dihadapi. Foto CANVA

Ertinya ALLAH SWT akan memberikan rahmat dan ihsan kepada sesiapa yang bersilaturahim.

7 – Sad ketujuh – Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Kelebihan dan kehebatan selawat adalah sesuatu yang tidak tersangkal dan sesiapa yang memperbanyakkannya dengan keinsafan, akan termakul hajatnya.

Sebagai penutup, Ustaz Dzulkhairi berpesan, sesiapa yang mengamalkan Tujuh Sad ini, hidupnya akan bahagia di dunia dan akhirat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!