HONOR X9c: Bukan sekadar telefon pintar kelas pertengahan biasa

Setiap tahun, ada sahaja model telefon pintar yang cuba memikat hati pengguna. Namun, HONOR X9c melangkah lebih jauh dengan membuktikan ia bukan sekadar pilihan biasa dalam kategori kelas pertengahan.
Diiktiraf sebagai Telefon Pintar Paling Tahan Lasak dan Terbaik 2024, HONOR X9c berjaya mencuri perhatian bukan sahaja pengguna, tetapi juga pakar industri. Mari kita lihat apa yang menjadikan peranti ini begitu luar biasa.
Pencapaian mengagumkan di pasaran
Seperti dijangka, sejak dilancarkan pada November 2024, HONOR X9c terus mendominasi pasaran. Menurut laporan GFK, peranti pintar ini berada di tangga teratas sebagai telefon pintar kelas pertengahan paling laris. Dengan harga bermula dari RM1,499, ia menawarkan nilai yang sukar ditandingi oleh pesaing lain.

Keghairahan terhadap model ini tidak hanya datang daripada pengguna biasa, tetapi turut disokong oleh ulasan media yang positif. Tidak hairanlah, HONOR X9c menjadi pilihan utama dalam kategori harga bawah RM1,500.
Ketahanan tiada tandingan
Jika anda seorang yang sering menjatuhkan telefon atau bimbang tentang ketahanan peranti, HONOR X9c adalah penyelesaian terbaik. Dilengkapi dengan teknologi Ultra-Tough Triple Defense, telefon ini mampu menahan:
- Jatuhan setinggi 2 meter di permukaan kompleks tanpa sebarang kerosakan.
- Perlindungan Double Ultra-Tempered Glass yang menjadikan skrin hampir mustahil untuk calar.
- Struktur kalis air tiga lapis dengan penarafan IP65M, memberikan perlindungan penuh daripada air dan habuk.

Malah, HONOR X9c adalah telefon pintar pertama yang mendapat pengiktirafan 5-Bintang SGS Switzerland untuk ketahanan menyeluruh. Pengguna boleh bernafas lega kerana peranti ini mampu bertahan walaupun diuji dengan tekanan setinggi 7000 PSI dan diuji menggunakan jet air industri berkuasa tinggi.

Bateri luar biasa
Tidak guna memiliki telefon tahan lasak jika baterinya cepat habis. Betul tak? Jadi, HONOR X9c menyelesaikan masalah ini dengan bateri 6,600mAh yang sangat besar. Dengan teknologi pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge, ia mampu dicas sehingga 80 peratus dalam masa hanya 42 minit.

Menurut ujian oleh DXOMARK, telefon ini mampu bertahan sehingga 3 hari 17 jam tanpa pengecasan. Tidak cukup dengan itu, ia juga mencatatkan prestasi cemerlang untuk penstriman video dan permainan, menjadikannya pilihan ideal untuk pengguna yang aktif.
Paparan premium, kamera pula hebat
Paparan telefon ini tak boleh dinafikan memang memukau. Dengan skrin 6.78 inci OLED melengkung yang menyokong resolusi 1.5K, ia menawarkan pengalaman visual yang mengagumkan. Kecerahan maksimum 4,000 nits memastikan paparan jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik.
Kalau bercerita bab kamera pada peranti pintar ini, HONOR X9c dilengkapi dengan kamera 108MP Ultra-Sensing yang menggunakan teknologi 9-in-1 pixel binning. Hasilnya tak boleh nak dipertikaikan lagi. Gambar yang tajam, terang dan menawan, walaupun dalam pencahayaan rendah. Ia juga menyokong 3x Lossless Zoom dan beberapa mod potret untuk menghasilkan gambar profesional.
Ciri pintar yang mengagumkan
Jika kita nak bercerita lagi tentang HONOR X9c ini, ia bukan sahaja tentang ketahanan fizikal tetai juga menawarkan pelbagai ciri pintar yang pasti mempesonakan pengguna seperti:
- AI Eraser: Menghapuskan elemen latar belakang yang tidak diingini dalam gambar.
- Magic Portal: Memudahkan carian, perkongsian, dan penstriman dengan hanya satu sentuhan.
- Magic Capsule: Membolehkan interaksi pelbagai mod dengan notifikasi.

Pendek kata, dengan gabungan ciri-ciri ini, telefon pintar terbaik ini menjadikan pengalaman pengguna lebih lancar dan menyeronokkan.
HONOR X9c Smart: Alternatif mampu milik
Jika bajet anda lebih rendah tetapi masih mahukan ketahanan yang sama, HONOR turut menawarkan HONOR X9c Smart pada harga bermula RM1,099. Walaupun menggunakan paparan LCD FHD+ rata, ia tetap menawarkan:
- Bateri 5,800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 35W.
- Kamera 108MP dengan teknologi yang sama seperti model premium.
- Ketahanan terhadap jatuhan dan calar yang setara dengan model utama.

HONOR X9c Series: Pilihan premium, harga Berpatutan!
Berita baik untuk peminat teknologi yang mahukan telefon pintar hebat dengan spesifikasi memukau! HONOR memberikan pilihan terbaik untuk siri X9c yang pasti memikat hati semua dengan prestasi dan ketahanan luar biasa.
Pilihan model dan harga
- 24GB (12GB+12GB) + 256GB: RM1,499
- 24GB (12GB+12GB) + 512GB: RM1,699
Bonus hebat!
Setiap pembelian dilengkapi dengan:
- 365 hari perlindungan retak depan & belakang
- Jaminan bateri selama 36 bulan
- HONOR Earbuds X7e bernilai RM697 secara percuma!
HONOR X9c Lite Edition: Pilihan mesra bajet
Untuk anda yang mahukan telefon pintar tahan lasak dengan harga lebih mampu milik, HONOR X9c Lite Edition adalah jawapannya!
- 16GB (8GB+8GB) + 256GB: RM1,099
Jadi apa lagi yang anda dambakan daripada satu telefon pintar yang memiliki segala-gala dengan harga mampu milik ini?
Dengan gabungan ketahanan luar biasa, prestasi bateri yang tiada tandingan dan ciri pintar yang inovatif, HONOR X9c dan HONOR X9c Smart menetapkan standard baharu untuk telefon pintar kelas pertengahan.
Sama ada anda seorang pengguna aktif, penggemar teknologi atau hanya mahukan telefon yang boleh dipercayai, model ini adalah pilihan yang sukar untuk diabaikan.
Tunggu apa lagi? Jadilah sebahagian daripada revolusi HONOR X9c hari ini dan alami sendiri kehebatannya!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!