Terengganu lulus peruntukan RM120,000 cegah hakisan pantai

Jalan di tepian pantai di Kampung Tanjung, Batu Rakit terpaksa ditutup kerana mengalami kerosakan akibat hakisan ekoran dibadai ombak besar sejak beberapa hari lalu.
Jalan di tepian pantai di Kampung Tanjung, Batu Rakit terpaksa ditutup kerana mengalami kerosakan akibat hakisan ekoran dibadai ombak besar sejak beberapa hari lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu meluluskan peruntukan sebanyak RM120,000 bagi mencegah hakisan pantai serta membaik pulih kerosakan di Kampung Tanjung, Batu Rakit, Kuala Nerus akibat hakisan ekoran dibadai ombak besar sejak beberapa hari lalu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya turut mengenal pasti tindakan jangka pendek, panjang dan semasa bagi mengatasi masalah berkenaan.

"Kita juga telah mengadakan beberapa perbincangan sebelum ini bersama pihak berkaitan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Terengganu dan saya sendiri telah turun ke Pantai Batu Rakit pada Sabtu lalu bagi melihat apa yang berlaku di seluruh negeri.

"Kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM120,000 bagi menyelesaikan beberapa perkara semasa yang sedang berlaku di Batu Rakit dan keselamatan rakyat tinggal berhampiran kawasan ini akan menjadi keutamaan," katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri menyatakan sudah menghubungi Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

"Selain itu, saya juga menghubungi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi untuk turut bersama-sama membantu kita," ujarnya.

Pada Selasa, Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar, Hanafiah Mat memaklumkan kerajaan Terengganu telah menghantar permohonan peruntukan bagi membina tembok penahan ombak atau struktur 'rock revetment' sejauh 400 meter dengan lebar 1.5 meter dari bahu jalan sebagai pelindung pantai daripada hakisan.

Hanafiah berkata, peruntukan sebanyak RM600,000 itu meliputi kerja-kerja baik pulih jalan runtuh di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini.

Artikel Berkaitan:

Masalah hakisan pantai berlaku menyebabkan dua jalan pantai iaitu Jalan Mengabang Telipot (berhampiran Warung Pok Nong) sepanjang 300 meter dan Jalani Pantai Kampung Tanjung Batu Rakit sepanjang 330 meter ditutup sepenuhnya terhadap semua kenderaan kerana berisiko runtuh.

Penduduk di kampung berdekatan terpaksa menggunakan laluan alternatif sementara menunggu kerja-kerja baik pulih dan jalan itu selamat digunakan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!