Penulis tersohor, Prof Muhd Kamil meninggal dunia

SHAH ALAM - Penulis tersohor, Prof Muhd Kamil Ibrahim meninggal dunia jam 7.19 malam tadi.
Allahyarham yang juga seorang profesor perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Taibah University, Madinah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam.
Pemergian beliau dimaklumkan oleh isterinya, Raudzah Roslan menerusi satu hantaran di Facebook.
Awal Disember tahun lalu, Muhd Kamil yang berasal dari Besut, Terengganu disahkan menghidap kanser paru-para tahap empat.
Difahamkan jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk disolatkan sebelum dikebumikan hari ini.
Allahyarham dikenali melalui karya-karya motivasi dan dakwahnya termasuk naskah yang mendapat sambutan, 'Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman'.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!