Pendakwah perlu turun bersama masyarakat, dikenali dakwahnya

APABILA pendakwah turun bersama masyarakat, dakwah dan ilmu yang disampaikan akan lebih berkesan kepada masyarakat. Foto CANVA
APABILA pendakwah turun bersama masyarakat, dakwah dan ilmu yang disampaikan akan lebih berkesan kepada masyarakat. Foto CANVA
A
A
A

PERANAN pendakwah dalam masyarakat bukan sekadar menyampaikan ilmu agama di masjid atau surau, tetapi juga merangkumi usaha mendekati dan memahami masyarakat sekelilingnya.

Usaha pendakwah turun padang dan menyelami realiti kehidupan masyarakat membuatkan ilmu agama yang disampaikannya dapat diamalkan secara praktikal di lapangan sekaligus menjadikan dakwah lebih berkesan.

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menjelaskan, seorang pendakwah mestilah terlihat kewujudannya.

DR AHMAD SANUSI
DR AHMAD SANUSI

“Dia tidak boleh sekadar duduk dalam bilik berhawa dingin dan mencatur dari belakang sahaja.

“Sirah para nabi membuktikan sedemikan. Susuk tubuh Nabi Muhammad SAW dikenali oleh orang Quraisy.

“Malah ketika peristiwa hijrah, orang Yahudi yang nampak kelibat Baginda turut mengenali Rasulullah SAW lantas dia melaungkan: ‘Wahai orang Arab, inilah dia datuk yang kamu nanti-nantikan.’ (Hadis Riwayat Al-Bukhari),” katanya di akaun Facebooknya pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Tambah ahli akademik itu, begitu juga dengan dakwah Nabi Ibrahim AS yang dikenali oleh kaumnya sehinggakan apabila berhala mereka dirosakkan, mereka lantas menuduh Nabi Ibrahim lantaran masyhurnya sosok tubuh Baginda dan dakwahnya.

Kisah itu diabadikan ALLAH SWT dalam ayat ke-60 surah al-Anbiya: “Mereka berkata: ‘Kami mendengar ada seorang anak muda yang bernama Ibrahim mencelanya (berhala-berhala)’.”

“Begitu juga dengan dakwah Mus’ab bin Umayr sehinggakan kebanyakan kabilah di Madinah pernah mendengar nama dan dakwahnya.

“Sehinggakan Saad bin Muaz (sebelum keislamannya) pernah bertekad untuk menghalau Mus’ab setelah mendapat khabar berita mengenai dakwahnya,” jelasnya.

Ujarnya, Saad berkata: “Sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa dia (As’ad bin Zurarah) telah datang bersama seorang lelaki asing (iaitu Mus’ab) yang diejek oleh orang bodoh dan orang lemah dalam kalangan kita.”

SELAIN menyampaikan ilmu dan mengajar agama di masjid atau surau, pendakwah juga perlu turun padang bersama masyarakat. Foto CANVA
SELAIN menyampaikan ilmu dan mengajar agama di masjid atau surau, pendakwah juga perlu turun padang bersama masyarakat. Foto CANVA

Jelas ahli akademik itu, begitulah tabiat para pendakwah yang turun bersama masyarakat dan dikenali dengan dakwahnya serta tidak memadai dengan bersimpuh dalam bulatan tersendiri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!