Kemiskinan kaum India jadi keutamaan - Anwar

Anwar berharap agar perayaan Ponggal tahun ini disambut dengan lebih meriah dan bermakna di samping keluarga tersayang.
Anwar berharap agar perayaan Ponggal tahun ini disambut dengan lebih meriah dan bermakna di samping keluarga tersayang.
A
A
A

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa isu kemiskinan dalam kalangan kaum India di negara ini akan terus menjadi keutamaan di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.

Menurut beliau, kerajaan komited untuk memastikan tiada kumpulan atau kelompok masyarakat yang dipinggirkan, khususnya kaum India.

“Kebersamaan dan perpaduan mesti terus diperkukuh sebagai jalan ampuh menjelmakan perubahan serta keamanan buat negara,” katanya menerusi hantaran di media sosial bersempena perayaan Ponggal.

Menerusi hantaran sama, Anwar berharap agar perayaan Ponggal tahun ini disambut dengan lebih meriah dan bermakna di samping keluarga tersayang.

Ponggal, yang bermaksud "melimpah," merupakan perayaan kedua terbesar selepas Deepavali bagi masyarakat Tamil.

Perayaan ini dirai selama empat hari bermula Isnin sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian.

Dalam kalendar Tahun Tamil (Tahun Thiruvalluvar), Ponggal menandakan permulaan bulan Thai, iaitu hari pertama perayaan yang penuh simbolik ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!