Ops Bersepadu: Polis tahan dua lelaki positif dadah, keluar 32 saman

Ops Bersepadu bersama pelbagai agensi penguatkuasa di Plaza Tol Setia Alam, Shah Alam, hari ini.
Ops Bersepadu bersama pelbagai agensi penguatkuasa di Plaza Tol Setia Alam, Shah Alam, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menahan dua lelaki tempatan, selain mengeluarkan 32 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Ops Bersepadu di Plaza Tol Setia Alam, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penahanan ke atas kedua-dua lelaki berusia 35 dan 25 tahun itu dibuat selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis syabu.

"Kedua-dua lelaki terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, operasi oleh pasukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu dijalankan bermula jam 10 pagi dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor.

Menurutnya, operasi tersebut juga turut melibatkan pemeriksaan ke atas 40 kenderaan.

Ops Bersepadu bersama pelbagai agensi penguatkuasa di Plaza Tol Setia Alam, Shah Alam, hari ini.
Ops Bersepadu bersama pelbagai agensi penguatkuasa di Plaza Tol Setia Alam, Shah Alam, hari ini.

"Hasilnya, kita mengeluarkan sebanyak 32 saman atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu (13), kesalahan nombor pendaftaran (lima) serta menggunakan alat telekomunikasi semasa memandu (dua).

"Antara kesalahan yang dikesan adalah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, ubah suai ekzos dan muatan berbahaya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, pihak JPJ dan PTG Selangor turut mengesan 43 kesalahan dengan cermin gelap direkod paling banyak melibatkan 29 kesalahan.

"Operasi bersepadu ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain," katanya.