Empat kawasan di Kapit terjejas akibat tanah runtuh

Tanah runtuh yang berlaku di belakang sebuah rumah susulan hujan lebat berterusan pada Sabtu. Foto tangkap layar video orang awam
Tanah runtuh yang berlaku di belakang sebuah rumah susulan hujan lebat berterusan pada Sabtu. Foto tangkap layar video orang awam
A
A
A

KAPIT - Beberapa kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di sebahagian kawasan di Kapit berikutan hujan lebat berterusan pada Sabtu, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, empat kawasan terjejas itu ialah Kampung Baru, Jalan Puan Sri Tiong, Jalan Kampung Kemarau dan sekitar Lapangan Terbang Kapit.

"Berhubung kejadian di Kampung Baru, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kapit menerima satu laporan pada 1.10 tengah hari semalam daripada seorang penduduk yang memaklumkan berlaku tanah runtuh di belakang rumahnya.

"Pihak APM mendapati tanah runtuh yang menimpa bahagian dapur rumah penduduk berkenaan berpunca daripada hujan lebat. Penduduk itu sudah dinasihatkan berpindah dan segera menghubungi pihak berwajib sekiranya kejadian sama berulang,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beberapa kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di sebahagian kawasan di Kapit akibat hujan lebat pada Sabtu. Foto tangkap layar video orang awam
Beberapa kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di sebahagian kawasan di Kapit akibat hujan lebat pada Sabtu. Foto tangkap layar video orang awam

Alexander berkata,kejadian itu juga mengakibatkan jalan utama menghubungkan Kampung Muhibbah terputus, dan tiada sebarang perkara tidak diingini dilaporkan setakat ini.

Beliau menasihati penduduk yang terkesan supaya memastikan keselamatan diri dan keluarga selain mematuhi saranan, arahan serta nasihat pihak berkuasa.

"Saya juga berharap semua pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya dalam memastikan keselamatan penduduk yang terjejas,” tambahnya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!