'Luluh hati bila dapat tahu semua terkorban'

Lima sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, pada petang Sabtu.
Lima sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, pada petang Sabtu.
A
A
A

PEKAN - "Awalnya saya hanya diberitahu mereka terlibat kemalangan namun bila datang ke lokasi, luluh hati bila dapat tahu semua terkorban, kata Semek Muda, 62, ibu kepada Rahimah Awang Muda, 38, yang maut bersama suami dan tiga anak dalam nahas dua kenderaan di Jalan Nenasi-Rompin berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi di sini pada Sabtu.

Semek berkata, lemah seluruh tubuh bila melihat mayat anak, menantu dan tiga cucunya yang sudah terbaring kaku di tempat kejadian.

Mengakui berat untuk menerima kehilangan lima orang tersayang sekelip mata namun dia reda dengan ketentuan ALLAH itu.

Katanya, Rahimah yang merupakan anak ketiga daripada lapan beradik tinggal bersama keluarga di Taman Seri Pandan, Nenasi kira-kira lapan kilometer dari rumahnya di Kampung Sepauh.

Semek ketika ditemui pemberita di Masjid Nenasi.
Semek ketika ditemui pemberita di Masjid Nenasi.

"Mereka boleh dikatakan setiap hari datang ke rumah dan sebelum kejadian, mereka sekeluarga sempat singgah untuk makan tengah hari.

"Sebelum mereka beredar petang itu dia (Rahimah) beritahu hendak ke Rompin untuk ambil wang di mesin ATM.

"Itulah kali terakhir kami berjumpa sebelum menerima khabar mereka kemalangan dan meninggal di tempat kejadian," katanya ketila ditemui di Masjid Nenasi pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Semek berkata, anak, menantu dan cucu-cucunya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan, semuanya seperti biasa kebelakangan ini.

Lima beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Nenasi-Rompin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Nenasi Pantai pada Ahad.
Lima beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Nenasi-Rompin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Nenasi Pantai pada Ahad.

"Cuma mereka biasanya ke Pekan kalau ada urusan bank tapi hari tu hanya ke Kuala Rompin alasannya kereta tidak 'sedap'," ujarnya.

Wanita warga emas itu berkata, Rahimah sering membantunya membuat kuih termasuk ketupat palas pada Ramadan dan Syawal.

"Kini dia telah pergi dan tiada lagi pembantu selepas ini," katanya.

Mohd Yusof Awang Muda.
Mohd Yusof Awang Muda.

Sementara itu, abang Rahimah, Mohd Yusof Awang Muda, 41, berkata, dia dan keluarga rapat dengan keluarga adiknya itu terutama anak-anak mereka.

Katanya, anak-anak saudaranya itu berhasrat untuk bermalam di rumahnya pada malam sebelum kejadian namun tiba-tiba mereka berubah fikiran.

"Kami tinggal berjiran di perumahan sama cuma selang sebuah rumah sahaja.

"Mereka selalu datang bermain dengan anak-anak saya yang seusia mereka dan ada ketikanya tidur di rumah.

"Baru semalam saya gosok-gosok kepala dua anak saudara lelaki itu, tak sangka itulah detik terakhir kami bersama," katanya.

Mohd Yusof berkata, sangkaan kemalangan menimpa keluarga adiknya itu tidak serius meleset dan terkejut apabila mendapat tahu mereka semua terkorban.

Mohd Yusof menyiram pusara keluarga adiknya selepas selesai urusan pengebumian.
Mohd Yusof menyiram pusara keluarga adiknya selepas selesai urusan pengebumian.

"Bila sampai tempat kejadian baru tahu mereka semua sudah tiada," katanya.

Mohd Yusof yang mengusahakan bengkel motosikal berkata, dia sempat menemui adiknya sekeluarga selepas mereka bertandang ke rumah ibu kira-kira jam 5.30 petang.

"Mereka kata nak ke Kuala Rompin sekejap ada urusan dan akan balik segera tak sangka mereka akan pergi buat selamanya," katanya.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan, lima sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, pada petang Sabtu.

Mangsa yang terkorban ialah pemandu Proton Wira Aeroback itu ialah Hamzah Zahari, 52, yang menetap di Kampung Nenasi Pantai, Pekan maut bersama isterinya, Rahimah Awang Muda, 38, dan anak mereka, Ainul Mardhiyah, 10, Muhammad Luqman Nur Hakim, 8, dan Muhammad Lutfi, 4.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!