Ribut petir, hujan di Selangor sehingga 23 Februari

Ribut petir dan hujan berterusan dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor- Gambar hiasan.
Ribut petir dan hujan berterusan dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor- Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Ribut petir dan hujan berterusan dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor sehingga 23 Februari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi laman sesawang rasminya memberitahu antara kawasan yang terlibat adalah Sepang, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Bagaimanapun, Hulu Langat dijangka mengalami hujan sehingga Khamis dan diramal panas keesokannya.

Cuaca semasa di seluruh negeri boleh disemak melalui www.met.gov.my.

Artikel Berkaitan: