IPK Perak sumbang RM10,000 kepada keluarga waris

Laporan Sinar Harian berkaitan tragedi menimpa empat sekeluarga dalam kejadian 13 Februari lalu. t
Laporan Sinar Harian berkaitan tragedi menimpa empat sekeluarga dalam kejadian 13 Februari lalu. t
A
A
A

TANJUNG MALIM - Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak memberikan sumbangan RM10,000 kepada waris Allahyarham Lans Koperal Mohamad Faiz Bakhari, 28, yang maut bersama keluarga dalam kejadian kemalangan 13 Februari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, sumbangan tersebut diserahkan selepas solat jenazah Allahyarham.

Menurutnya, sumbangan tersebut berupa Tabung Khairat Kematian IPK Perak selain sumbangan peribadi dan pegawai-pegawai lain.

"Kita juga akan serahkan cek daripada Koperasi Polis kepada waris Allahyarham nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan malam terakhir, empat sekeluarga maut nahas

"Saya juga telah ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mengetahui sendiri keadaan anak Allahyarham yang cedera dan kita akan pantau dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Muallim di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim, di sini.

Razarudin (tengah) menyaksikan penyerahan tongkat kuasa oleh Wan Kamarul Azran kepada Koo Tai Chew pada majlis tersebut yang berlangsung di IPD Muallim di sini.
Razarudin (tengah) menyaksikan penyerahan tongkat kuasa oleh Wan Kamarul Azran kepada Koo Tai Chew pada majlis tersebut yang berlangsung di IPD Muallim di sini.

Dalam kejadian 13 Februari lalu, empat sekeluarga termasuk bayi lelaki berusia 16 bulan maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di KM37, Jalan Ipoh - Kuala Kangsar berhampiran Kampung Salak Stesyen, Sungai Siput.

Artikel Berkaitan:

Mengenai Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Muallim, Razarudin berkata, IPK Perak menghargai sumbangan dan komitmen yang diberikan bekas Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

Katanya, Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintendan Koo Tai Chew akan memangku tugas ditinggalkan Wan Kamarul Azran yang akan bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Sepang.

Katanya, sejak Wan Kamarul Azran menerajui IPD Muallim pada tahun 2018 indeks jenayah di daerah itu mengalami penurunan setiap tahun.