Fahmi Reza direman - Peguam

KOTA KINABALU - Aktivis Fahmi Reza direman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung satu karyanya yang seumpama sindiran.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali, di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.
Peguam Fahmi, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Sherzali Herza Asli mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.
Media sebelum ini melaporkan Fahmi sedang disiasat berhubung penghasilan satu grafik mengenai gabenor Sabah yang baru dilantik Tun Musa Aman. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
