Waktu Subuh di Kedah tambah lapan minit

Sheikh Fadzil - Foto: Portal Rasmi Jabatan Mufti Kedah
Sheikh Fadzil - Foto: Portal Rasmi Jabatan Mufti Kedah
A
A
A

ALOR SETAR - Waktu solat Subuh di Kedah ditambah lapan minit berbanding takwim solat sedia ada berkuat kuasa 25 Februari ini.

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Fadzil Awang berkata, perubahan hanya melibatkan awal waktu solat Subuh dan Imsak.

Menurutnya, solat Subuh yang didirikan sebelum ini adalah sah dan tidak perlu diqada (digantikan).

"Perubahan masa ini adalah berdasarkan ketetapan perubahan darjah kedudukan altitud matahari di bawah ufuk dalam menentukan waktu terbit fajar sodiq," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: