Tedung selar 'berehat' atas alang rumah

APM Sik ambil masa 10 minit untuk menangkap ular tedung selar yang disedari berada atas alang sebuah rumah penduduk.
APM Sik ambil masa 10 minit untuk menangkap ular tedung selar yang disedari berada atas alang sebuah rumah penduduk.
A
A
A

SIK - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sik mengambil masa 10 minit untuk menangkap seekor ular tedung selar yang disedari berada atas alang sebuah rumah penduduk di Kampung Betong, Jeneri, di sini, pada Selasa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, ular sepanjang kira-kira empat meter itu disedari berada dalam rumah pada jam lebih kurang 10.22 malam.

Menurutnya, susulan itu, APM menerima panggilan kecemasan daripada penghuni untuk meminta bantuan.

“Penghuni di rumah itu terkejut sebaik ternampak ular tedung selar itu sedang 'berehat' di atas alang kayu.

“Panik dan takut untuk mengambil tindakan, dia bertindak menghubungi APM untuk menangkap reptilia paling berbisa itu," katanya.

Ular dibawa pulang ke Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Ular dibawa pulang ke Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Menurutnya, anggota terpaksa berhati-hati dan mengambil masa kira-kira 10 minit menangkap ular berkenaan menggunakan alat bantuan berikutan kedudukannya yang berada di tempat yang sukar," katanya.

Jelasnya, ular seberat anggaran lapan kilogram itu dibawa pulang ke Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!