X

Kindly register in order to view this article
!

Bomba Sukarela bakal diletakkan di bawah bidang kuasa JBPM

Anggota dan pegawai bomba menghadiri Majlis Anugerah Pingat Kebesaran dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah disini hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bakal dimasukkan di bawah bidang kuasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memantapkan kualiti perkhidmatan pasukan itu.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya sedang melakukan perbincangan bersama beberapa pihak berkaitan bagi memastikan PBS didaftarkan di bawah JBPM dan bukan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

"Ia akan dilaksanakan selepas peraturan ini dipersetujui oleh menteri dan dijangka berkuat kuasa pada suku ketiga tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Pingat Kebesaran dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah disini hari ini.

Turut hadir Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis.

Menurutnya, PBS sebelum ini dianggap sukarelawan dan tidak bertauliah.

"Response time pasukan itu terhadap sesuatu kejadian tidak dikira sebagai kehadiran bomba namun dengan latihan dan pentauliahan PBS kelak, JBPM dilihat akan dapat memendekkan tempoh ‘response time’ jabatan itu.

"Pendaftaran PBS sebagai sebahagian JBPM, mereka akan menikmati pelbagai kelebihan antaranya dilindungi oleh undang-undang serta insurans selain penambahbaikan dari segi latihan, aset, bayaran serta imbuhan," katanya.

Dalam pada itu, seramai 35 anggota dan pegawai bomba dari seluruh Balai Bomba dan Penyelamat di Selangor menerima Anugerah Pingat Kebesaran manakala 121 menerima anugerah perkhidmatan cemerlang dalam majlis Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diadakan di Dewan Muzakarah Islam hari ini.

Mohammad Hamdan berkata, penganugerahan itu diberikan bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga bomba di negeri ini.

"Ia sebagai manifestasi penghargaan perkhidmatan awam di atas komitmen kakitangan yang meletakkan kualiti prestasi tinggi dalam perkhidmatan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus