Bayi ditemui mati dalam kereta

Ahli keluarga dan waris terdekat mangsa berada di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik (Bahagian Patologi Forensik) bagi menunggu proses bedah siasat.
Ahli keluarga dan waris terdekat mangsa berada di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik (Bahagian Patologi Forensik) bagi menunggu proses bedah siasat.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Seorang bayi berusia 9 bulan ditemui mati dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota di sini tengah hari tadi.

Kejadian di tapak parkir kompleks itu disedari bapa mangsa apabila hendak keluar dari pejabat dan memasuki kenderaan kira-kira jam 1 tengah hari.

Difahamkan, ketika menyedari anaknya berada dalam kereta, bapanya yang panik hanya mampu menjerit Allahuakbar dan jeritannya didengari orang awam berhampiran.

Bayi itu kemudian dibawa orang awam ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota menaiki motosikal sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kuantan Mohamed Noor Yusof Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian namun masih menunggu laporan penuh siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa lupa hantar anak ke taska

Artikel Berkaitan: