Polis Marin rampas rokok seludup RM1.5 juta

Mohd Yusoff (kiri) melihat rokok tidak sah yang berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor awal pagi tadi.
Mohd Yusoff (kiri) melihat rokok tidak sah yang berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor awal pagi tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor berjaya merampas 70,000 peket rokok seludup bernilai RM1.5 juta selepas dua lori ditahan di dua lokasi berasingan di kawasan Taman Tanjung Minyak Jaya di sini, awal pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC), Mohd Yusoff Mamat berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 3.30 pagi, pasukannya telah mengekori dua buah lori jenis Nisan Vannete dari Persimpangan Plaza Tol Simpang Ampat Alor Gajah yang menuju ke Bandar Melaka.

Menurutnya, sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 50 tahun ditahan di lokasi itu manakala lori kedua ditinggalkan di tepi jalan tidak jauh dari lokasi serbuan pertama setelah pemandunya menyedari diekori oleh pasukan serbuan itu melarikan diri.

Katanya, dua buah lori tersebut didapati membawa 140 kotak rokok putih dengan nilai rampasan keseluruhan termasuk cukai Kastam dan nilai kenderaan dianggarkan berjumlah RM1.6 juta.

Mohd Yusoff melihat dua buah lori yang ditahan di dua lokasi berasingan di kawasan Taman Tanjung Minyak Jaya di sini, awal pagi tadi.
Mohd Yusoff melihat dua buah lori yang ditahan di dua lokasi berasingan di kawasan Taman Tanjung Minyak Jaya di sini, awal pagi tadi.

"Seorang lelaki berasal dari Pantai Timur telah ditahan dan hasil pemeriksaan menemui sejumlah rokok berwarna coklat dipercayai rokok tidak sah yang disorokkan di bahagian belakang muatan lori terbabit.

"Selepas itu ketika serbuan kedua lebih kurang jam 4.30 pagi kita menemui lori kedua," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka di Banda Hilir, di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, sepanjang tahun lalu sebanyak RM61 juta nilai rampasan rokok seludup berjaya ditumpaskan sekali gus menunjukkan peningkatan 115 peratus berbanding tahun sebelumnya selain nilai rampasan keseluruhan di bawah akta sama termasuk arak RM181 juta dengan peningkatan 110 peratus.

"Pasukan kami akan terus bergerak aktif untuk menumpaskan sebarang aktiviti penyeludupan di negara ini termasuk akan bekerjasama dengan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA)," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Yusoff berkata, pihaknya akan membuat laporan polis dalam masa terdekat ini berhubung laporan palsu berbaur fitnah yang menuduh anggota Polis Marin terlibat rasuah.

Moh Yusoff (tengah) menunjuklan sebahagian 70,000 peket rokok seludup bernilai RM1.5 juta yang berjaya dirampas ketika sidang media itu.
Moh Yusoff (tengah) menunjuklan sebahagian 70,000 peket rokok seludup bernilai RM1.5 juta yang berjaya dirampas ketika sidang media itu.