Kes Covid-19 di SJKC Ko Kuang tidak benar: JKNJ

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan dakwaan ada kes koronavirus (Covid-19) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ko Kuang, Skudai, dekat sini, seperti yang tular di media sosial hari ini.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook JKNJ, jabatan itu berkata, kenyataan berhubung adanya kes itu di sekolah berkenaan adalah tidak benar.

“JKNJ memaklumkan bahawa berita itu adalah tidak benar sama sekali. Orang awam diminta tidak menularkan maklumat yang tidak sahih ini kerana akan mengakibatkan situasi panik di kalangan masyarakat,” kata jabatan itu di sini.

JKNJ turut mengingatkan bahawa penyebaran berita palsu sebegini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan juga denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas persabitan.

Mesej yang tular di media sosial itu turut menggunakan nama ahli majlis sebuah pihak berkuasa tempatan yang mendakwa terdapat kes Covid-19 didapati berlaku di sekolah berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: