X

Kindly register in order to view this article
!

TH bakal umum hibah sedikit masa lagi

TH bakal mengumumkan agihan hibah bagi tahun kewangan 2019 tidak lama lagi.
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) bakal mengumumkan agihan hibah bagi tahun kewangan 2019 tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Bagaimanapun, beliau enggan memperincikan tarikh pengumuman itu sebaliknya memaklumkan ia akan diumumkan sedikit masa lagi ketika ditanya pada sidang media sempena lawatan rasmi Setiausaha Agung Komanwel, Patricia Scotland ke Malaysia yang berakhir hari ini di Shangri-La Hotel.

Disember lalu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dilaporkan berkata, pihaknya menjangkakan pembayaran hibah lebih tinggi bagi tahun kewangan 2019 berbanding pengagihan hibah terendah dalam sejarah TH bagi tahun kewangan 2018.

ARTIKEL BERKAITAN: Tabung Haji jangka bayar hibah lebih tinggi

Katanya, keyakinan itu berdasarkan prestasi TH yang berada di landasan yang betul selepas mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM500 juta pada suku ketiga 2019 manakala keuntungan untuk tempoh sembilan bulan tahun lalu pula adalah RM1.3 bilion.

Dari segi pendapatan, TH merekodkan pendapatan RM900 juta pada suku sama, meningkatkan pendapatan untuk sembilan bulan bagi 2019 kepada RM2.1 bilion.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!