Kenaikan premium insurans perubatan: BNM perlukan sedikit masa

BNM berkata, perkara tersebut perlu dilakukan termasuk menguruskan secara berterusan kenaikan premium atau sumbangan dengan mengambil kira impak terhadap pemegang polisi takaful.
BNM berkata, perkara tersebut perlu dilakukan termasuk menguruskan secara berterusan kenaikan premium atau sumbangan dengan mengambil kira impak terhadap pemegang polisi takaful.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan sedikit masa lagi sebelum memutuskan sebarang keputusan berhubung isu kenaikan premium insurans perubatan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet.

"Hari ini Perdana Menteri memaklumkan BNM memerlukan sedikit masa lagi tetapi akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

"Kita harap pengumuman itu akan memberikan kelegaan kepada rakyat dan juga pembeli insurans," katanya menerusi sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini pada Jumaat.

Kerajaan memberi tumpuan berhubung perkara tersebut selepas premium insurans perubatan dilaporkan meningkat antara 40 hingga 70 peratus mulai tahun hadapan.

Susulan itu juga, BNM telah mengarahkan syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) menyemak strategi penentuan semula harga insurans perubatan serta kesihatan (MHIT) untuk memastikan ia lebih wajar.

Ia termasuk menguruskan kenaikan premium atau sumbangan dengan mengambil kira impak terhadap pemegang polisi takaful.

Sementara itu, Fahmi berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membelanjakan RM13.7 juta untuk melengkapkan lebih 2,000 akses point internet jalur lebar tanpa wayar (Wi-Fi) di Universiti Malaya, Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bermula Januari depan.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kita harapkan dalam masa terdekat sekurang-kurangnya tiga universiti ini akan lengkap, diikuti universiti lain," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!