Elon Musk ramal Singapura bakal 'pupus'

Elon Musk
Elon Musk
A
A
A

SINGAPURA - Bilionair Elon Musk menerusi ciapan mengenai subjek kegemarannya sekali lagi membincangkan mengenai penurunan kelahiran meramalkan bahawa Singapura dan negara lain bakal 'pupus'.

Kenyataan Ketua Eksekutif Tesla itu berdasarkan balasan kepada mesej di platform X oleh Mario Nawfal yang membangkitkan mengenai kebimbangan mengenai populasi banyak negara yang semakin tua.

Menerusi ciapan yang disiarkan semula, Nawfal menulis mengenai kadar kelahiran penduduk Singapura mencecah 0.97 kanak-kanak bagi setiap wanita, iaitu lebih jauh daripada kadar 2.1 yang diperlukan republik tersebut.

Sejak itu, ciapan Musk mendapat 16.3 juta tontonan dan dikongsi secara meluas.

Difahamkan penurunan kadar kelahiran ini akan menyebabkan populasi warga emas semakin besar manakala golongan dewasa yang bekerja akan menjadi semakin kecil.

Berdasarkan artikel Newsweek 2 Disember lalu, Musk menambah bahawa penyelesaian untuk penurunan kadar tenaga kerja di Singapura mungkin muncul apabila negara itu daripada beralih kepada robot.

Musk, yang membeli Twitter pada 2022 dan kemudiannya menamakannya sebagai X turut menyatakan kebimbangan terhadap ancaman 'keruntuhan populasi'.

Pada 27 November lalu, Musk pernah membuat ciapan bahawa dua pertiga penduduk Korea Selatan akan 'pupus' dalam setiap generasi.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, ahli demografi menafikan dakwaannya dengan menepis populasi global semakin meningkat.

Jika diteliti data sedia ada, Singapura dan Korea Selatan, serta beberapa negara lain, kadar kelahiran semakin merosot setiap tahun.

Bagi Singapura, jumlah kadar kesuburan berada menurun, daripada 1.12 pada 2021, kepada 1.04 pada 2022, kepada 0.97 pada 2023. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!