Masih ada yang berani guna pangkalan haram di Sungai Golok

Masih ada lagi segelintir penduduk sanggup mengambil risiko menggunakan pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok walaupun larangan berbuat demikian sudah dikuatkuasakan bermula 1 Disember lalu.
Masih ada lagi segelintir penduduk sanggup mengambil risiko menggunakan pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok walaupun larangan berbuat demikian sudah dikuatkuasakan bermula 1 Disember lalu.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Masih ada lagi segelintir penduduk di sini sanggup mengambil risiko menggunakan pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok walaupun larangan berbuat demikian sudah dikuatkuasakan bermula 1 Disember lalu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati aktiviti tersebut masih lagi berlaku walaupun pihak berkuasa telah menangkap empat individu yang menggunakan pangkalan haram untuk keluar masuk dari Thailand ke Malaysia pada Sabtu.

Semasa tinjauan dilakukan penjaga pangkalan haram dilihat berwaspada dengan suasana, malah sempat memberitahu aktiviti rentas sempadan masih boleh dilakukan.

Sepanjang pemerhatian dilakukan rakyat tempatan yang masuk melalui laluan tidak sah akan terus bergegas meninggalkan kawasan itu bagi mengelakkan dari ditangkap.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan empat individu ditahan selepas lapan hari penguatkuasaan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok di sini dilaksanakan bermula 1 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ia melibatkan tangkapan dua warganegara Malaysia dan Thailand (2) masing-masing berusia 33 hingga 50 tahun.

“Mereka menggunakan pangkalan haram yang terdapat di Sungai Golok untuk memasuki negara ini pada Sabtu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!