Kerja baiki Jalan Jerteh-Keruak dijangka siap 23 Disember

Jalan Jerteh-Keruak (Kampung Bukit Mali) yang mengalami kerosakan.
Jalan Jerteh-Keruak (Kampung Bukit Mali) yang mengalami kerosakan.
A
A
A

BESUT - Kerja-kerja pembaikan Jalan Jerteh-Keruak (Kampung Bukit Mali) yang mengalami kerosakan akibat banjir telah bermula sejak Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, Ir Dr Hasli Ibrahim berkata, kerja pembaikan laluan sepanjang 1.2 kilometer itu dijangka siap pada 23 Disember ini.

"Laluan tersebut sepatutnya boleh disiapkan lebih awal namun faktor cuaca sedikit sebanyak telah memperlahankan kemajuan di tapak kerja-kerja pembaikan jalan tersebut.

"Laluan itu sedang dalam pembaikan menggunakan kaedah 'Cold in Place Recycle' (CIPR).

"Kita jangka laluan itu akan siap kepada pengguna pada 23 Disember nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Hasli berkata, pengguna jalan raya bagi semua jenis kenderaan masih boleh melalui jalan tersebut.

"Namun kita menasihatkan pengguna laluan itu untuk berhati-hati dengan had laju ditetapkan agar tidak berlaku kejadian diingini seperti kemalangan serta kerosakan pada jalan," ujarnya.

Dalam pada itu, Hasli berkata, jalan tersebut tidak akan ditutup semasa pembaikan sedang dijalankan.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan baiki sebelah jalan sahaja dan sebelah lagi laluan boleh dilalui oleh pengguna jalan raya.

"Mohon kerjasama pengguna jalan raya bersabar atas kesulitan dan gangguan kelancaran lalu lintas di kawasan berkenaan," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!