Jiwa kena besar
BARISAN pemain yang dipanggil untuk Kejuaraan Piala ASEAN bermula 8 Disember ini perlu membuktikan mereka lebih baik daripada tonggak Harimau Malaya sebelum ini.
Itu cabaran yang dilontarkan bekas pemain Harimau Malaya, Datuk Jamal Nasir Ismail terhadap pemain-pemain Pau Marti Vicente bagi temasya mini Piala Dunia dalam kalangan negara Asia Tenggara berkenaan.
“Sejujurnya bukan mudah mendapat peluang menyarung jersi pasukan negara bagi mengharungi Kejuaraan Piala ASEAN dan bukannya kelab atau aksi persahabatan.
“Ketiadaan pemain-pemain tonggak JDT (Johor Darul Ta'zim) dan Selangor FC juga boleh diibaratkan rahmat kepada pemain-pemain ini menunjukkan mereka lebih baik daripada pemain-pemain utama sebelum ini.
“Selain itu, pemain yang kurang mendapat panggilan mewakili negara harus bermain menggunakan akal dan bukannya kudrat tenaga semata-mata,” katanya kepada Sukan Sinar.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 26 pemain untuk Kejuaraan Piala ASEAN yang bermula 8 Disember hingga 5 Januari depan.
Harimau Malaya tanpa kelibat pemain utama dua kelab teratas Liga Super, JDT dan Selangor FC sebaliknya akan menampilkan skuad gabungan.
Pada masa sama, Jamal juga memuji kelab-kelab Liga Super yang mengambil tanggungjawab melepaskan pemain utama masing-masing demi tugasan untuk skuad kebangsaan.
“Saya tabik hormat pasukan-pasukan Liga-M (Liga Malaysia) yang berjiwa besar sanggup melepaskan pemain utama masing-masing bagi menghadapi saingan Piala ASEAN walaupun saingan domestik sedang berlangsung.
“Ia juga peluang terbaik kepada jurulatih kelab-kelab untuk menguji pemain simpanan masing-masing selepas pemain-pemain utama dipanggil mewakili negara,” katanya.
HARIMAU MALAYA EDISI PIALA ASEAN 20241. Dominic Tan, 27, Sabah FC
2. Daniel Ting, 32, Sabah FC
3. Stuart Wilkin, 26, Sabah FC
4. Darren Lok, 34, Sabah FC
5. Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi, 29, Selangor FC
6. Ahmad Khuzaimi Piee, 31, Selangor FC
7. Muhammad Aiman Hakimi Othman, 19, Selangor FC
8. Harith Haiqal Adam Afkar, 22, Selangor FC
9. Dary Sham KK George, 22, Johor Darul Ta'zim
10. Pavithiran Gunalan, 19, Johor Darul Ta'zim
11. Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal, 21, Johor Darul Ta;zim
12. Muhammad Haqiz Aiman Mohd Esa, 19, Johor Darul Ta'zim
13. Paulo Josue, 35, Kuala Lumpur City
14. Muhammad Haqimi Azim Rosli, 21, Kuala Lumpur City
15. Declan Lambert, 26, Kuala Lumpur City
16. Jimmy Raymond, 28, Kuching City
17. Muhammad Ddanial Amier Norhisham, 27, Kuching City
18. Mohamed Syamer Kutty Abba, 27, Penang FC
19. Muhammad Adib Abdul Raop, 25, Penang FC
20. Muhammad Syafiq Ahmad, 29, Kedah Darul Aman FC
21. Mohamad Fazrul Amir Md Zaman, 24, Kelantan Darul Naim FC
22. Muhammad Haqiz Nadzli, 26, Perak FC
23. Sergio Aguero, 30, Sri Pahang
24. Endrick dos Santos, 29, Ho Chi Minh City
25. Fergus Tierney, 21, Chonburi FC
26. Muhammad Abu Khalil, 19, FC Osaka
PIALA ASEAN
KUMPULAN A
Ahad (8 Disember)
Kemboja lwn Malaysia
(Stadium Olimpik, Phnom Penh, 6.30 petang)
Rabu (11 Disember)
Malaysia lwn Timor-Leste
(Stadium Nasional, Bukit Jalil, 9 malam)
Sabtu (14 Disember)
Thailand lwn Malaysia
(Stadium Rajamangala, Bangkok, 9 malam)
Jumaat (20 Disember)
Malaysia lwn Singapura
(Stadium Nasional, Bukit Jalil, 9 malam)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!