Rezeki musim banjir, 10,000 patin habis dijual dalam sehari

Muhammad Alif memilih ikan patin yang dilelong dari sangkar miliknya di Kampung Lada dekat Jerantut.
Muhammad Alif memilih ikan patin yang dilelong dari sangkar miliknya di Kampung Lada dekat Jerantut.
A
A
A

JERANTUT - Usaha seorang pengusaha sangkar ikan melelong kira-kira 10,000 ikan patin mendapat sambutan apabila habis terjual dalam tempoh sehari.

Tindakan Muhammad Alif Aiman Baharizal, 23, di Kampung Lada adalah untuk mengelakkan kerugian besar akibat banjir.

Menurutnya, pelanggannya bukan sahaja sekitar Jerantut, malah peminat ikan patin dari Temerloh, Maran dan Lipis tidak ketinggalan membelinya kerana ia dijual lebih murah dari pasaran.

"Memang terkejut sebab pagi-pagi lagi sudah ada yang datang ke sangkar dan saya serta ayah tidak putus-putus melayan pelanggan.

Muhammad Alif (kiri) bersama pelanggan dan ikan patin yang dilelong bermula Khamis.
Muhammad Alif (kiri) bersama pelanggan dan ikan patin yang dilelong bermula Khamis.

"Alhamdulillah, syukur kerana niat kami menjual dengan harga lebih murah mendapat sambutan dan ia membantu kami mengelakkan kerugian lebih banyak," katanya.

Ujarnya, hasil jualan itu akan digunakan untuk membaiki sangkar yang rosak, membeli benih ikan dan makanan ikan untuk tahun hadapan.

Jelas pemuda itu, sangkar terbabit diusahakan bapanya, Baharizal Abu Bakar, 47, di kampung tersebut sejak beberapa tahun lalu sebelum dia meneruskan perniagaan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Alif menyiang ikan patin yang dibeli pelanggan sempena lelongan ikan tersebut bermula Khamis.
Muhammad Alif menyiang ikan patin yang dibeli pelanggan sempena lelongan ikan tersebut bermula Khamis.

Dia yang juga anak sulung daripada empat beradik itu berkata, dia cukup gusar melihat keadaan air besar beberapa hari lalu dan sentiasa memastikan sangkar berada dalam keadaan selamat.

Kata Muhammad Alif, bapanya pernah mengalami kerugian besar kira-kira RM500,000 selepas 100 sangkar di Kampung Pedah di sini musnah akibat banjir besar pada 2014.

Bagi pelanggan Rosiah Dahari, 64, yang datang bersama suaminya Abdul Rahim Abdullah, 69, dari Felda Tekam Utara berkata, tidak mahu melepaskan peluang membeli ikan tersebut.

"Kami membeli sebanyak 14 kilogram patin untuk kegunaan keluarga. Ikan ini boleh disimpan di dalam peti sejuk dan tahan lama jika dibalut dengan surat khabar.

"Biasanya ikan patin ini saya masak asam tempoyak, pais dan gulai asam belimbing kering," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!