Tadbir urus baik selamatkan wang

Ketelusan dalam pentadbiran mengurangkan risiko rasuah, seterusnya menarik lebih banyak pelaburan domestik dan asing. Gambar hiasan
Ketelusan dalam pentadbiran mengurangkan risiko rasuah, seterusnya menarik lebih banyak pelaburan domestik dan asing. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beriltizam untuk terus meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam yang kritikal untuk mencapai mutu piawaian global.

Bagi melaksanakan perkhidmatan awam dan tatakelola yang baik, kerajaan berhasrat menggubal Rang UndangUndang Iltizam Kecekapan Pentadbiran Awam dengan meliputi tiga anjakan besar iaitu mengurangkan birokrasi, mempercepatkan proses dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan.

Agenda Reformasi Perkhidmatan perlu dilaksanakan dengan segera bagi memastikan negara ini mempunyai kualiti perkhidmatan terbaik.

Oleh itu, menerusi agenda reformasi tersebut, kerajaan akan memberi tumpuan kepada lima keberhasilan iaitu meliputi nilai dan tata kelola, pembangunan modal insan, pembangunan organisasi, penyampaian perkhidmatan dan sinergi awam serta swasta.

Bagaimanapun, segalanya mula menunjukkan perubahan apabila Anwar dalam ucapan Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara menyatakan bahawa mana-mana penjawat awam yang malas atau bermasalah tidak akan dinaikkan gaji.

Perkhidmatan yang disampaikan oleh penjawat awam kini menunjukkan perubahan selepas Perdana Menteri menekankan mengenai reformasi tadbir urus.
Perkhidmatan yang disampaikan oleh penjawat awam kini menunjukkan perubahan selepas Perdana Menteri menekankan mengenai reformasi tadbir urus.



Bahkan, menerusi ucapan pada pembentangan Belanjawan MADANI 2025, Anwar turut menekankan bahawa kerajaan begitu memaknai Ekonomi MADANI dengan dasar-dasar yang mengkhususkan kepada maksud tersebut bagi mengemudi Malaysia ke landasan tepat dan gagah.

Menerusi kerangka Ekonomi MADANI ia membicarakan perihal tatakelola serta integriti dan turut diangkat dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional, Pindaan Akta Audit 1957 dan Ikhtiar Reformasi Karenah Birokrasi.

Artikel Berkaitan:

Pekerja kilang, Mohamad Amir Affendi, 32, mengakui bahawa pendekatan yang dibawa oleh kerajaan tentang tadbir urus baik telah membawa perubahan terhadap kualiti penyampaian perkhidmatan khususnya melibatkan penjawat awam.

MOHAMAD AMIR
MOHAMAD AMIR



Menurutnya, perubahan ketara dapat dilihat selepas Anwar begitu tegas melakukan reformasi tatakelola dan perkhidmatan awam.

“Saya rasa umum mengetahui bahawa sebelum ini perkhidmatan yang disampaikan agak perlahan dengan kaunter yang dibuka juga terhad.

“Bagaimanapun, selepas pengumuman tegas terhadap sikap penjawat awam yang sambil lewa dengan kerja-ke Sinar Harian ketika dihubungi baru-baru ini.

Tambah bapa kepada seorang anak itu, perubahan berkenaan dapat dilihat secara sendirinya ketika mahu mendaftar kelahiran anaknya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya, reformasi tadbir urus yang dilakukan itu benarbenar memberi impak kepada perkhidmatan kerana ia lebih mudah, mesra dan cepat.

Bertanggungjawab dengan amanah diberikan

Sementara itu, seorang bekas pekerja swasta, Nur Nisa Nasuha Abu Hussaini, 25, turut mengakui perkara sama yang mana perkhidmatan yang disampaikan oleh penjawat awam kini lebih mesra.

“Baru-baru ini, saya pergi ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) atas urusan pasport. Alhamdulillah, banyak kaunter serta ramai petugas yang mesra dan sangat membantu.

“Bagi saya, perkara seperti ini menunjukkan satu perubahan pentadbiran yang berkesan. Jika tadbir urus sedemikian dikekalkan, saya yakin ia akan mencerminkan bahawa sistem penyampaian Malaysia efektif dan mampu setanding negara luar,” ujarnya.

NUR NISA NASUHA
NUR NISA NASUHA



Dalam pada itu, Nur Nisa Nasuha turut memberitahu bahawa perilaku yang ditonjolkan oleh penjawat awam kini lebih bertanggungjawab dengan amanah diberikan.

“Saya tidak pernah bekerja sebagai penjawat awam tetapi sering mendapatkan perkhidmatan sektor berkenaan. Dahulu, kaunter tidak banyak dibuka dan khidmat layanan agak dingin dan lambat. “Bagaimanapun, kini semuanya berubah. Bagi saya ia mungkin disebabkan kata-kata Perdana Menteri yang tidak beri muka terhadap penjawat awam yang culas atau tidak mempraktikkan nilai integriti, maka dengan itu mereka kini lebih bertanggungjawab dalam memikul amanah diberikan,” kata ibu kepada seorang anak itu.

Perubahan besar

Mengulas mengenai kesan tadbir urus baik kepada negara, penganalisis ekonomi, Dr Mohamad Khair Afham Muhammad Senan berkata, hal tersebut memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi.

Jelas beliau, prinsip asas tadbir urus baik seperti ketelusan, akauntabiliti, kecekapan dan keadilan bukan sahaja menjadi tunjang kepada pentadbiran kerajaan, malah elemen yang mampu membawa perubahan besar kepada kesejahteraan ekonomi dan rakyat.

MOHAMAD KHAIR
MOHAMAD KHAIR



Menurutnya, ketelusan dalam sistem pentadbiran dan pengurusan kewangan mengurangkan risiko rasuah, seterusnya menarik lebih banyak pelaburan domestik dan asing.

“Pelaburan langsung asing (FDI), sebagai contoh, sering kali tertumpu kepada negara-negara yang mempunyai reputasi tadbir urus yang kukuh. Ini kerana pelabur lebih yakin bahawa perniagaan mereka tidak akan terjejas akibat ketidaktentuan dasar atau salah urus kerajaan.

“Selain itu, tadbir urus yang baik memastikan sumber negara diuruskan dengan lebih cekap. Pembaziran dan ketirisan sering dikaitkan dengan rasuah atau pengurusan yang lemah dapat diminimumkan,” kata Mohamad Khair.

Justeru, beliau berkata, wang berkenaan dapat diperuntukkan kepada sektor yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat seperti pendidikan, kesihatan dan infrastruktur awam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!