MB Johor sahkan pembelian 15 kereta Toyota Camry

Dr Sahruddin
Dr Sahruddin
A
A
A

MUAR - Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal hari ini mengesahkan mengenai pembelian 15 kereta Toyota Camry bagi menggantikan Honda Accord yang sebelum ini digunakan beliau dan barisan Exco kerajaan negeri.

Dr Sahruddin berkata, kereta tersebut digunakan sejak Rabu lalu.

"Kenderaan yang digunakan sebelum ini iaitu jenis Honda Accord sudah melebihi perbatuan 350,000 hingga 400,000 kilometer,” katanya pada sidang media Majlis Penutup Taklimat Perluasan Sektor Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Peringkat Daerah Pejabat Perkeso Daerah Muar Tahun 2020 di Muar Trades Hotel di sini hari ini.

Semalam Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menerusi kenyataan di Facebookya menuntut supaya Dr Sahruddin memberi penjelasan berhubung pembelian kereta Toyota Camry yang didakwa untuk kegunaan Menteri Besar dan Exconya.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran pembelian kereta tersebut.

Terdahulu, pembelian kereta baharu oleh kerajaan negeri Johor itu tular di Facebook dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular pembelian kereta Camry kerajaan negeri Johor

Artikel Berkaitan: