LPP garis lima hala tuju mantapkan peladang

Moto LPP tahun 2020 ialah Bersama Kita Perkasakan Peladang dan Institusi Peladang.
Moto LPP tahun 2020 ialah Bersama Kita Perkasakan Peladang dan Institusi Peladang.
A
A
A

KETUA Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Azulita Salim ketika menyampaikan amanat 2020 berkata, institusi peladang perlu mementingkan 'value creation' dalam memberi perkhidmatan kepada golongan sasar.

“Apakah value creation dalam memberi perkhidmatan? Bagaimana kita ingin bentuk PPK kita? Satu anjakan itu tidak semestinya perlu besar, yang penting ia berbentuk incremental dengan element substance yang jelas,” katanya ketika Perhimpunan dan Majlis Amanat Tahun Baru Pengurusan LPP 2020 di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Menara LPP di Kuala Lumpur pada 16 Januari lalu.

Hadir sama, Pengerusi LPP Datuk Mazlan Aliman, anggota pengurusan tertinggi dan kakitangan LPP serta Pengurus Besar Pertubuhan Peladang seluruh Malaysia.

Amanat yang disampaikan Azulita menyentuh perancangan dan hala tuju serta fokus pengurusan bagi tahun 2020, di samping penghargaan kejayaan pada tahun sebelumnya.

“Peladang dan institusi peladang mesti memanfaatkan penggunaan teknologi dalam bidang pertanian selari dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) kerana ia adalah satu-satunya pendekatan yang pasti merangsang dan memberi lonjakan jauh dalam menambah pengeluaran makanan negara.

“Peladang juga perlu menguasai rantaian nilai dalam sub-sektor yang ada kerana melaluinya penguasaan kepada pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran dalam bidang pertanian ini akan membawa impak yang lebih terjamin,” katanya.

Sokong hala tuju MOA

Beliau berkata, model-model perniagaan yang berjaya perlu diperbanyakkan.

“Pendekatan mereplikasi model-model yang berjaya itu perlu diberi keutamaan terutama kepada pertubuhan peladang yang mempunyai 'competitive advantage' agar satu anjakan baharu pertubuhan peladang mampu kita terokai.

Artikel Berkaitan:

“Impak pencapaian kesemua program itu akan dapat diukur dengan bertambahnya peladang-peladang progresif dan meningkatnya kategori PP yang maju dan lestari,” katanya.

Azulita berkata, LPP akan menyokong hala tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dalam peningkatan pengeluaran agro makanan, Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani (IAT), memperkukuhkan pengeluaran sayuran dan buah-buahan, subsektor padi, padi pulut serta ternakan.

Katanya, LPP juga akan menjadi agensi dalam memberi perkhidmatan menggunakan mekanisasi dan automasi.

Karnival Pesawah Padi Pasir Panjang 2019 diadakan di Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor tahun lalu.
Karnival Pesawah Padi Pasir Panjang 2019 diadakan di Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor tahun lalu.

“Kita akan bangunkan produk-produk keluaran usahawan peladang muda dan peladangnita agar lebih berdaya saing. Produk-produk ini perlu direka agar menarik dan kompetitif,” katanya.

Memasuki RMK12

Kejayaan seramai 293,847 peladangnita dalam bidang perniagaan terutama dalam industri asas tani meningkat kepada seramai 2,935 orang sehingga tahun 2019.

Pembangunan sektor pertanian negara banyak membuka peluang dan ruang bagi wanita mempertingkatkan pencapaian mereka dalam pelbagai bidang dan aktiviti di samping membuka dan menyahut cabaran yang lebih besar untuk terus berperanan dan berjaya dalam bidang ini.

Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (kiri) menerima cenderamata daripada peserta pameran sambil diperhatikan oleh Tun Ahmad Sarji ketika majlis pelancaran LPP di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 13 Ogos 1973.
Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (kiri) menerima cenderamata daripada peserta pameran sambil diperhatikan oleh Tun Ahmad Sarji ketika majlis pelancaran LPP di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 13 Ogos 1973.

Ini termasuklah bantuan kerajaan dari segi permodalan, kewangan, khidmat nasihat, teknologi, penyelidikan juga pembangunan.

LPP bersedia memasuki Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan fokus mementingkan keberhasilan yang memenuhi kehendak golongan sasar.

Dalam ucaptama sempena Pemukiman RMK12 2021-2025 LPP di Putrajaya pada 3 Februari lalu, Azulita berkata, cabaran mendatang memerlukan semua pihak lebih serius memikirkan secara strategik dan komited bagaimana untuk mengimplimentasi RMK12 secara impactfull.

“Perancangan program RMK12 yang diketengahkan oleh LPP hendaklah menjurus kepada peningkatan pendapatan golongan sasar yang bernaung di bawah 294 PPK selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB),” katanya.

Bengkel diadakan bagi menentukan program-program pembangunan di bawah LPP untuk dibawa ke RMK12.

Peserta juga menilai keperluan peruntukan bagi setiap program yang akan dibawa dan dikehendaki menyediakan projek Logical Framework Matrix (LFM) dan Creativity Index (CI).

Azulita berkata, beliau berharap program pemukiman itu dapat mengetengahkan, idea, membentuk tema dan yang paling utama boleh dicapai melalui penetapan CI berkenaan.

Mazlan (tiga dari kiri) dan Azulita (dua dari kanan) semasa majlis Amanat Tahun 2020 bersama pengurus besar pertubuhan peladang seluruh Malaysia.
Mazlan (tiga dari kiri) dan Azulita (dua dari kanan) semasa majlis Amanat Tahun 2020 bersama pengurus besar pertubuhan peladang seluruh Malaysia.

Pemukiman RMK12 2021-2025 LPP yang berlangsung dari 3 hingga 5 Februari lalu di Hotel Dorsett Putrajaya melibatkan pegawai-pegawai kanan dan pengurusan Pertubuhan Peladang terpilih.