DBKL roboh struktur tanpa permit sah

Tindakan diambil menerusi Jabatan Penguatkuasaan, Pejabat Cawangan Seputeh dan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL.
Tindakan diambil menerusi Jabatan Penguatkuasaan, Pejabat Cawangan Seputeh dan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan tiga struktur kekal berbumbung tanpa permit sah dan pindah halangan di Jalan Hang Tuah 4, Salak Selatan di ibu negara.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan tersebut diambil menerusi Jabatan Penguatkuasaan, Pejabat Cawangan Seputeh dan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL.

"Tindakan khas yang dijalankan adalah menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

DBKL roboh tiga struktur kekal berbumbung tanpa permit sah dan pindah halangan di Jalan Hang Tuah 4, Salak Selatan
DBKL roboh tiga struktur kekal berbumbung tanpa permit sah dan pindah halangan di Jalan Hang Tuah 4, Salak Selatan

"Antara barangan yang disita adalah gerai kayu, batang besi, batang aluminum dan lain-lain," kata kenyataan tersebut dalam satu hantaran di laman Facebook DBKL.

DBKL dalam kenyataan itu turut memaklumkan barang dan peralatan disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

"Tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 Parlimen Kuala Lumpur," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: