Pemandu mabuk perlu bayar pampasan kepada keluarga mangsa

Kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk bukan hanya berlaku di Malaysia malah banyak negara dalam dunia turut berdepan masalah sama.
Kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk bukan hanya berlaku di Malaysia malah banyak negara dalam dunia turut berdepan masalah sama.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian pengguna jalan raya lain perlu diwajibkan membayar pampasan kepada keluarga mangsa.

Cadangan itu disuarakan Pensyarah di Jabatan Amalan Perundangan, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin yang mengambil contoh hukuman yang dilaksanakan di Thailand.

Katanya, pampasan itu harus diberikan kepada keluarga mangsa bagi menjamin kesinambungan hidup selepas kehilangan insan tersayang disebabkan oleh pemandu mabuk.

“Pencegahan hanya berkesan bukan kerana tempoh penjara yang panjang tetapi kepada kekerapan pendakwaan yang dibuat dan sabitan yang diperoleh serta hukuman yang menggabungkan penjara, sebatan, pampasan kepada mangsa serta khidmat masyarakat.

“Siapa pun yang waras akan kemudiannya bertindak dengan bertanggungjawab dengan tidak memandu dalam keadaan dia mabuk kerana 'jenayah tidak berbaloi',” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Sinar Harian berkaitan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan menggantung lesen seumur hidup buat pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian di jalan raya semalam.

Berdasarkan beberapa kes melibatkan rakyat Malaysia sebelum ini, mereka perlu membayar pampasan kepada keluarga mangsa dan seperti kes lima pemotong rumput yang maut dilanggar pada 13 Ogos tahun lalu di Jalan Hatyai - Satun, pemandu warga Malaysia itu berdepan hukuman penjara 10 tahun dan denda tidak lebih 20,000 Baht (RM2,721) jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Laporan khas Sinar Harian berkaitan isu pemandu kaki arak.
Laporan khas Sinar Harian berkaitan isu pemandu kaki arak.

Polis Thailand bagaimanapun bersetuju mengurangkan ikat jamin daripada 500,000 Baht (RM68,000) kepada 200,000 Baht (RM27,000) selain perlu membayar sagu hati wang tunai 50,000 Baht (RM6,764) setiap keluarga mangsa menjadikan jumlah keseluruhan (RM33,823).

Dalam pada itu, selain dikenakan hukuman berat, pemandu mabuk yang didapati bersalah juga perlu menjalani program khidmat masyarakat.

Taiwan paling tegas tangani kes pemandu mabuk

Kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk bukan hanya berlaku di Malaysia malah banyak negara dalam dunia turut berdepan dengan masalah sama sehingga ada mencadangkan hukuman mati kepada pemandu mabuk.

Taiwan misalnya pada Mac tahun lepas merancang untuk melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah yang menyebabkan kemalangan maut ketika memandu dalam keadaan mabuk. Berdasarkan laporan pesalah mabuk sebelum ini boleh dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun di Taiwan.

Kabinet negara itu meluluskan satu draf pindaan terhadap Kanun Keseksaan yang akan menjadikan kesalahan menyebabkan kematian ketika memandu dalam keadaan mabuk sebagai kesalahan bunuh.

Begitupun, hukuman tersebut mendapat tentangan hebat daripada kumpulan hak asasi menyebabkan ia belum dapat dilaksanakan.

Mangsa-mangsa yang terkorban angkara pemandu mabuk.
Mangsa-mangsa yang terkorban angkara pemandu mabuk.

Selain Taiwan, beberapa negara lain turut mempunyai cara tersendiri menghukum pemandu mabuk dan lazimnya ia melibatkan denda, penjara malah hukuman yang agak unik juga.

Berkuat kuasa tahun ini, Vietnam meningkatkan hukuman kepada pemandu mabuk. Bermula 1 Januari 2020, penunggang motosikal dalam keadaan mabuk boleh dikenakan denda sehingga 8 juta Vietnam dong (RM1,423) selain boleh digantung lesen selama dua tahun.

Bagi pemandu kereta, denda boleh mencapai 40 juta Vietnam dong (RM7,000) dan lesen digantung. Keputusan drastik kerajaan Vietnam itu menyebabkan industri penjualan arak merudum dan ramai penjual merungut hasil jualan mereka jauh berkurang.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tiada maaf bagimu'

Pemandu mabuk: Penjara 20 tahun, gantung lesen seumur hidup

Beberapa kes kematian melibatkan pemandu mabuk pada tahun lepas termasuk tularnya satu gambar budak lelaki menangis di sebelah mayat ibunya menyebabkan rakyat melakukan protes di Hanoi, mendesak hukuman lebih berat dikenakan kepada pemandu mabuk.

Undang-undang Singapura pula menetapkan pesalah kali pertama dikenakan denda RM20,500 (AS$5,000) atau penjara enam bulan. Bagi kesalahan kedua, denda dan tempoh penjara boleh meningkat 500 kali ganda. Jangan main-main!

Negara Islam sememangnya mengharamkan arak dan bagi negara-negara Arab seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi, pemandu mabuk bukan sahaja boleh dipenjara, didenda malah disebat di khalayak ramai juga.

Taiwan sejak tahun lalu menggerakkan undang-undang dan hukuman lebih berat ke atas pemandu mabuk yang disabit dengan kesalahan nahas maut.
Taiwan sejak tahun lalu menggerakkan undang-undang dan hukuman lebih berat ke atas pemandu mabuk yang disabit dengan kesalahan nahas maut.

Kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk agak tinggi di Afrika Selatan. Kerajaan negara tersebut turut bertindak tegas dengan mengenakan hukuman denda sebanyak AS$10,000 (RM40,000) atau penjara 10 tahun dan dalam sesetengah kes, kedua-duanya sekali.

Finland dan Sweden pula terus menjatuhkan hukuman setahun penjara dan kerja-kerja buruh kasar kepada pemandu mabuk manakala Russia pula menggantung lesen mereka bukan untuk setahun atau 10 tahun sebaliknya selama-lamanya.