Pemandu mabuk: Penjara 20 tahun, gantung lesen seumur hidup

Mangsa-mangsa yang terkorban angkara pemandu mabuk.
Mangsa-mangsa yang terkorban angkara pemandu mabuk.
A
A
A

PAGI tanggal 16 Jun 2019, Mat Subri Saad, 44 dan isterinya Roslinda Muhamad Isa, 44, berniaga nasi lemak seperti biasa di kawasan taman perumahan di Taman Bertam Indah, Pulau Pinang.

Perniagaan nasi lemak pasangan itu bukan lagi asing bagi penduduk di situ.

Namun, pagi itu tidak seperti hari biasa. Bunyi bingit brek kereta diiringi dengan dentuman kuat pada jam 10 pagi mengejutkan penduduk.

Sebuah kereta Proton Iswara merempuh gerai nasi lemak pasangan itu. Angkara pemandu mabuk, Roslinda maut di hospital manakala Mat Subri cedera.

Yang pasti, tragedi itu bukan kali terakhir kemalangan maut bahana pemandu mabuk.

Desakan demi desakan disuarakan, meminta hukuman lebih berat dikenakan kepada pemandu itu.

Difahamkan tiga seksyen di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45 akan dikaji sebelum dibawa ke Parlimen seawal-awalnya Julai nanti.

Artikel Berkaitan:

Seorang peniaga nasi lemak, Roslinda maut selepas gerainya dilanggar seorang pemandu dipercayai mabuk di Taman Bertam Indah, Kepala Batas pada tahun lalu.
Seorang peniaga nasi lemak, Roslinda maut selepas gerainya dilanggar seorang pemandu dipercayai mabuk di Taman Bertam Indah, Kepala Batas pada tahun lalu.

Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Seri Dr Erwan Mohd Tahir menegaskan kerajaan perlu segera meminda undang-undang sedia ada berkaitan kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk.

Erwan mencadangkan hukuman yang perlu dikenakan terhadap pemandu mabuk adalah meningkatkan tempoh hukuman penjara kepada 20 tahun dan menggantung lesen memandu seumur hidup.

“Hukuman penjara mengikut undang-undang sedia ada tidak mencukupi. Hukuman berat iaitu 20 tahun penjara dan lesen memandu digantung seumur hidup perlu terus dikenakan walaupun ia kesalahan pertama.

“Hukuman berat ini adalah satu bentuk pengajaran buat pemandu dan orang lain,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Tambah Erwan, selain memperkasakan undang-undang, kerajaan perlu membuat kempen bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol secara berterusan.

Sebelum ini, undang-undang memperuntukkan individu memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987, hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan 1987, membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan.

Selain meningkatkan tempoh hukuman penjara dan denda, Dekan Kolej Undang-Undang dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Ahmad Martadha Mohamed mencadangkan Malaysia meniru hukuman seperti Thailand.

Menurutnya, setiap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian perlu membayar pampasan kepada keluarga mangsa kerana mereka hilang punca pendapatan.

“Pada saya, penjara mestilah dari dua tahun ke empat tahun, denda pula minimum RM10,000. Selain itu, saya mencadangkan kita buat seperti di Thailand.

“Pampasan perlu diberikan kepada keluarga mangsa untuk bantu mereka.

“Selain pendidikan, hukuman berbentuk pencegahan juga perlu dikenakan kepada mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Baru sebulan setengah tahun 2020, sudah enam orang terkorban

Belum pun memasuki bulan ketiga tahun 2020, sebanyak enam kematian dilaporkan bersabit kematian melibatkan pemandu mabuk.

Biarpun jumlah kematian itu dilihat kecil pada nilai angkanya, namun penyebab kematian itu bukan satu perkara yang remeh dan perlu dipandang serius.

Mangsa pertama yang didakwa maut disebabkan oleh pemandu mabuk ialah seorang jururawat dikenali Siti Mastura Ahad manakala suaminya parah.

Dalam kejadian pada 17 Januari itu, mangsa bersama suami yang menunggang motosikal dirempuh pemandu yang didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol di Ketapang, Melaka.

Kejadian berikutnya dilaporkan berlaku di Jalan Kebun, Klang pada 23 Januari yang mengakibatkan Muhammad Zulfakkar Borhan, 29, yang menunggang motosikal terkorban selepas dirempuh Ford Ranger dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun.

Pelbagai pihak menggesa hukuman lebih berat ke atas pemandu mabuk.
Pelbagai pihak menggesa hukuman lebih berat ke atas pemandu mabuk.

Pada 9 Februari pula, dua kes dilaporkan berlaku masing-masing mengakibatkan satu kematian di Tawau, Sabah dan Bukit Mertajam di Pulau Pinang.

Sementara itu di Bukit Mertajam, Khairizul Mohamad Noor, 38, maut manakala isterinya, Zuriana Hasan, 35, parah selepas motosikal mereka dirempuh kereta dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

Dalam kejadian terbaru di Butterworth kelmarin, dua sahabat maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh pemandu mabuk kira-kira jam 2.30 pagi.

Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi, 21, yang bekerja sebagai juruelektrik dan pembonceng, Muhammad Amin Najmi Azaman, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.



INFO:

Kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk

9 Februari 2020

Seorang pekerja kilang maut manakala isterinya parah selepas motosikal mereka dirempuh kereta dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol di Kilometer 140.2 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran susur Perai, Pulau Pinang.

23 Januari 2020

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah trak pikap jenis Ford Ranger dipercayai dipandu pemandu mabuk dalam kejadian di Jalan Kebun dari arah Bulatan Jalan Kebun menghala ke jejambat KESAS di Klang.

9 Julai 2019

Seorang pekerja kontrak maut dilanggar pemandu dipercayai mabuk ketika sedang melakukan kerja kawalan lalu lintas di Persiaran Perdana, Sri Damansara, Kuala Lumpur.

16 Jun 2019

Seorang peniaga nasi lemak maut manakala suaminya cedera selepas gerai mereka dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Bertam Indah, Pulau Pinang.

8 Julai 2018

Empat lelaki maut dan seorang lagi patah kaki kiri dirempuh sebuah Toyota Vios dipandu pemandu mabuk di kawasan parkir Pusat Komersil BDC di Tawau, Sabah.

Pemandu mabuk menggila di jalan raya!

“Tiada maaf bagimu. Kehilangan yang tiada pengganti,” luah Borhan Madon, 65, bapa kepada Muhammad Zulfakkar, 29, yang maut dilanggar pemandu dipercayai mabuk bulan lepas. Acap kali terhimpit dengan emosi, bapa kepada enam anak itu reda dengan pemergian anaknya dan kini hanya berserah kepada ALLAH. Begitupun, keterbatasannya sebagai manusia, Borhan tidak dapat mengelak daripada beremosi sedemikian walaupun hatinya sudah menerima ketentuan takdir. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #LaporanKhas

Posted by Sinar Harian on Wednesday, February 12, 2020