Polis bongkar lokasi kedua ‘transit’ seludup ketum

Daun dipercayai ketum dirampas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kolam yang dipercayai menjadi lokasi kedua transit aktiviti penyeludupan itu.
Daun dipercayai ketum dirampas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kolam yang dipercayai menjadi lokasi kedua transit aktiviti penyeludupan itu.
A
A
A

PERLIS - Polis merampas 14 guni daun ketum bernilai RM9,120 di sebuah rumah di Kampung Kolam, di Padang Besar, di sini, semalam.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Nor Mushar Mohd berkata, bagaimanapun tiada suspek di tahan dalam serbuan dilakukan pasukan polis itu.

“Serbuan dilakukan atas maklumat orang awam, namun tiada siapa kita jumpa dalam rumah berkenaan namun anggota menjumpai 14 guni putih mengandungi daun hijau dipercayai daun ketum.

“Kesemua daun seberat 304 kilogram itu dirampas dan bawa balik ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Padang Besar untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati rumah itu dijadikan sebagai lokasi transit untuk mengumpul daun ketum sebelum diseludup ke negara jiran.

“Daun ketum diseludup ke Thailand dengan menggunakan laluan-laluan haram di kawasan sempadan. Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.

“Kita sentiasa akan meningkatkan kawalan bagi membanteras jenayah rentas sempadan di negeri ini,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan polis merampas daun ketum dianggarkan bernilai RM59,100 yang juga dipercayai diseludup ke negara jiran, pada hari yang sama.

Artikel Berkaitan:

Rampasan daun ketum yang diikat seberat 1,970 kilogram berharga RM30 bagi sekilogram itu dibuat dalam Ops Cantas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri di kawasan semak di Kampung Kolam, di sini.

Suspek berusia antara 53 dan 22 tahun turut ditahan dalam operasi berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Daun ketum hampir dua tan dirampas]