Cuci sejam sekali elak jangkitan wabak

Pekerja membersihkan butang lif, pemegang kerusi roda, bilik bayi sejam sebagai langkah berjaga-jaga mencegah penularan wabak berjangkit.
Pekerja membersihkan butang lif, pemegang kerusi roda, bilik bayi sejam sebagai langkah berjaga-jaga mencegah penularan wabak berjangkit.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini mengambil inisiatif menyediakan cecair sanitasi dan membuat kerja-kerja mencuci satu jam sekali dalam usaha mencegah jangkitan koronavirus.

Pengurus Central Square, Michael Tan berkata, usaha itu bertujuan mencegah penularan wabak itu di lokasi tumpuan ramai sekali gus mengutamakan kebersihan dan kesihatan awam.

"Kami bukan sahaja menyediakan cecair pembasmi kuman di kaunter pertanyaan di aras bawah pusat membeli-belah ini malah menjalankan kerja-kerja pembersihan sejam sekali setiap hari di kawasan tumpuan bagi mencegah kuman dan bakteria.

“Antara kawasan itu ialah butang lif, pemegang eskalator, tombol pintu, bilik bayi, tandas dan kerusi roda sebagai langkah selamat dan berharap semua pengunjung kekal sihat serta sentiasa berhati-hati sepanjang musim penularan virus ini," katanya.

Menurutnya, cecair sanitasi yang selalu digunakan di klinik dan hospital turut disediakan secara percuma kepada pengunjung.

Pembersihan turut dilakukan di kawasan tumpuan awam sebagai inisiatif mengelakkan dijangkiti virus.
Pembersihan turut dilakukan di kawasan tumpuan awam sebagai inisiatif mengelakkan dijangkiti virus.

Artikel Berkaitan: